Wednesday, December 30, 2009

Jatuh Bangun Semula

Sume orang mesti pernah terjatuh kan? Tipulah kalo tak pernah terjatuh.. Kalo x pernah terjatuh tu, memang keseimbangan badan korang power gler la.. Aku dan terjatuh sangat sinonim sebenarnye.. Kalo dalam satu tahun tu x terjatuh, x sah.. Semester ni je, walopon baru bukak, 2 kali dah aku terjatuh.. Kejadian terbaru, pagi tadi, kat depan DKG130 BB.. Dah dua kali dah aku terjatuh kat situ.. haha.. Korang perasan x ape korang fikir mase korang jatuh? Macam aku tadi, aku secara automatik, terlintas dalam kepala aku:

"E'eh.. Aku nak jatuh ke ni?? Oh tidak!! Harap-harap ni mimpi je!!"

Tapi malangnya tu bukan mimpi.. Aku terjatuh dengan gaya bebas.. Slide pastu hampir terlentang.. haha.. Sakit pinggang aku.. Memalukan tapi rase nak tergelak pon ade.. Tapi tulah, bile jatuh, bangun semula.. Sama macam hidup kite jugak.. Sebab hidup kita ni macam roda, adakala di atas, adakala di bawah.. Jadi kalo kite jatuh dan berada di bawah, sama-samalah kita bangun semula sebab orang yang tak bangun semula tu memang seorang yang loser dan mudah menyerah kalah.. Cube bayangkan kalo kite terjatuh, tapi kite just duduk je kat situ, x bangun balik? Mesti orang yang tengok pon cakap, ape kene budak ni? Laenlah kalo kite tercedera, x boleh nak bangun sendiri kan.. Tapi, selagi kite boleh bangun, kite bangun.. Don't ever give up.. Face the reality and stand up again..=)

p/s: kan aku dah cakap, aku suke berperibahasa sekarang ni.. haha.. semenjak dua menjak ni, asyik merepek sengsorang kat blog...

Kultur Sel dan Tisu

Untuk semester ni, aku ade amik satu subjek yang bagi aku sangat-sangat menarik.. Name subjek ni Kultur Sel dan Tisu atau dalam bahasa Omputihnye, Cell and Tissue Culture.. Sangat menarik sebab kitorang akan tanam pokok pisang dalam kelalang kon, in vitro(dalam makmal).. Nak cerita banyak-banyak pon x boleh sebab aku baru start belajar mende ni.. Baru masuk dua kali kuliah, makmal pon x start lagi.. Tapi dalam bahasa mudahnye, kami akan pilih pokok yang mempunyai ciri-ciri terbaik, pastu kami akan amik sel soma (sel yang bukan sel pembiakan) dari pokok tu, dan kami akan growkan di atas media yang mempunyai nutrien2 yang diperlukan oleh tumbuhan untuk membesar.. Menarik kan? Lecturer kitorang siap janji nak bagi A kalo kitorang punye pokok hidup.. huhu.. rase x saba lak nak masuk lab (sejak bile aku suke pegi lab ni?)..hee

Inilah rupenye nanti kalo pokok kitorang hidup.. tapi dlm gambar ni bukan pokok pisang la..

Ni lagi satu contoh..

p/s: Sebelum ni ckp x nak jadi saintis, x nak keje kat lab.. tapi bile blaja subjek ni macam seronok la plak.. huhu.. Bak kate lecturer aku, bile pokok kite tu hidup, kite akan rase sayang sangat kat pokok tu.. hee..

Tuesday, December 29, 2009

Teori Darwin

Korang tau tak teori Darwin? Korang percaya tak teori die? Bagi yang tak tau, teori Darwin tu teori yang cakap, manusia berevolusi dari seekor monyet tu... Die cakap our ancestors adalh monyet yang kemudiannye, berevolusi jadi manusia.. Aku memule memang langsung x percaya teori tu, tapi bile tengok gambar kat bawah ni, jadi ragu-ragu pulak.. tengok eh..
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
(klik gambar utk besar)
Same kan? huhu..

p/s: sebagai orang Islam, kite wajib percaya kita berasal dari Nabi Adam A.S.. Teori Darwin tu sangat mengarut..

Monday, December 28, 2009

Powerful words..

Semenjak dua menjak ni aku suka berperibahasa.. Macam Karam Singh Walia dah aku tengok.. huhu.. Aku nak cakap pasal 'lidah itu lebih tajam daripada pisau'.. Memang secara fizikalnya, lidah bukanlah tajam macam pisau.. Tapi luka yang disebabkan kata-kata yang keluar dari lidah itu beribu kali lebih pedih dari luka yang disebabkan oleh pisau.. Kata-kata dari lidahlah yang boleh merobek hati dan perasaan seseorang.. Sebab tu orang cakap, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalo terlajak kata tak boleh nak undur balik dah.. Jadi berhati-hatilah bile bercakap.. Fikir dulu perkataan yang sesuai.. jangan main sedap mulut je bercakap.. kalo luke di jari sehari dua hari boleh ubat, tapi kalo luka di hati, setahun or dua tahun tak tentu terubat lagi.. Lebih elok bercakap bile perlu je.. ok?
Sebenarnya, entri ni pon macam teguran pada diri sendiri sebab aku pon jenis yang cakap direct to the point dan agak lepas gak la bile bercakap tu.. Sekarang ni tengah mengusahakan diri agar cakap tu berlapik sket.. hehe.. Sama-sama lah kite cakap berlapik dan saling menjaga hati.. Sape-sape yang pernah terasa dengan kata-kata yang keluar dari lidah saya ni, saya mintak maaf sangat-sangat.. Kadang-kadang x perasan..=)

p/s: terpaksa edit post sebab sekarang ni, keyboard itu lebih tajam daripada pisau.. huhu.. takut ade yang terasa..

Friday, December 25, 2009

Berani atau Tak Tahu Malu?

Aku baru bace satu entri pasal 'Perigi Cari Timba'.. (klik sini utk baca)
Ade yang cakap perempuan jenis 'perigi cari timba' ni seorang yang x tau malu dan ada jugak yang anggap perempuan jenis ni adalah berani..
Perkara ni subjektif sebenarnya.. Bergantung pada pendapat masing-masing..
Aku tak rase perempuan jenis ni adalah tak tahu malu.. Itu satu perkataan yang kejam sebenarnya untuk digunakan..
Perempuan jenis ni adalah lebih tepat dikatakan sebagai jenis yang berani meluahkan perasaan..
Walaubagaimanapun, aku x rase perempuan zaman sekarang yang jenis ni boleh disamakan dengan isteri Nabi S.A.W, Siti Khadijah R.A..

Kenapa aku cakap x sama?

Sebab Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad S.A.W kerana terpikat dengan akhlak baginda dan yakin bahawa baginda adalah orang yang sangat tepat untuk dijadikan suami..
Berlainan dengan kebanyakan perempuan zaman sekarang, yang lelaki mana ntah, langsung x kenal, dapat no. fon lelaki tu dari kawan-kawan, tak tau pon perangai lelaki tu macam mana, terus mesej atau call lelaki tu cakap "BOLEH BERKENALAN?".. untuk ape? untuk dijadikan suami? Oh, tidak sama sekali.. lebih kepada mengisi masa lapang ataupun kesunyian..

Memang x semua macam tu.. Bagi perempuan2 yang rase lelaki tu berakhlak mulia dan berminat nak jadi isteri diorang, aku rase x salah nak wat first move sebab Islam pon tak larang..

Ape motif aku buat entri ni?
Hehe.. sebab baru je borak pasal ni dengan roommate, and kitorang berlainan pendapat.. huhu

p/s: aku x reti cakap, jadi aku tulis.. untuk abah, jangan salah faham.. akak sesaje je tulis.. =).. and I'm not that type of girl.. huhu

Monday, December 21, 2009

Encik Mo dan Puan Nyet

Di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mempunyai jiran-jiran yang sangat saya "sayangi".. Name mereka Encik Mo dan Puan Nyet.. Encik Mo dan Puan Nyet mempunyai ramai anak dan sepupu sepapat yang sama-sama menginap di kediaman mereka.. Keluarga Encik Mo dan Puan Nyet comel-comel belaka.. Mempunyai rambut berwarna perang bak orang putih dan senyuman yang manis..

Walaubagaimanapun, keluarga Encik Mo dan Puan Nyet mempunyai beberapa sikap negatif.. Mereka suka mencuri makanan jiran-jiran mereka yang lain.. Pantang ade pintu atau tingkap yang terbuka, pasti mereka masuk.. Mereka juga suka mengacau dan mengejar perempuan-perempuan yang lalu lalang di hadapan mereka.. Mereka tidak takutkan sesiapa..

Malah ade di antara mereka mandi dan berenang-renang dalam tangki air di salah satu blok di kolej kediaman kami ini.. Mereka keluar tidak kira masa.. Petang, pagi, siang.. Malam je susah sket nak jumpe mereka.. Kami hidup dalam ketakutan.. Kami hidup berlari-larian disebabkan mereka.. Mungkin salah kami jugak yang mengambil tempat tinggal mereka dahulu dan membina blok-blok di tempat tinggal mereka..

Tapi takpe, saya x pernah salahkan Encik Mo dan Puan Nyet.. Saya tahu memang x boleh nak ubah sikap mereka sebab dah memang sikap semulajadi mereka.. Kengkadang saya terfikir, alangkah bagusnya jika keluarga Encik Mo dan Puan Nyet manja seperti kucing.. Tentu kami hidup aman dan damai.. Dan saya juga x keberatan nak bagi makanan kepada mereka..

Jadi, sekiranya, Encik Mo atau Puan Nyet, membaca luahan hati saya ni, tolonglah berubah demi kebaikan kite bersama... Ahahhaha.. Aku dah gile ke ape? Bercakap pon x reti macam mane die nak surf internet?..

Nota kaki: Encik Mo dan Puan Nyet yang dimaksudkan adalah monyet-monyet di Kolej Ungku Omar.. huhu.. Aku dah jadi gila sebentar lepas kena kejar ngan diorang petang tadi.. haha

Puan Nyet sedang tidur dengan lenanye di foyer Kolej Ungku Omar..

bertukar posisi nampaknye, Puan Nyet.. haha

Beriadah di waktu petang bersama ahli keluarga..

Sebahagian daripada keluarga Encik Mo dan Puan Nyet..

Sunday, December 20, 2009

Ayuh Kembali ke Sekolah.. Ayuh!

Setiap kali sekolah nak bukak, ataupun sekarang ni, semester nak bukak, mesti aku teringat lagu iklan kasut New Era.. huhu.. Comel jer lagu tu.. Kalo x tau lagu tu, suruh Encik Google carikan.. Semester baru, azam pon baru.. Lagipon bertepatan dengan Awal Muharam yang baru je lepas dan Tahun baru 2010 x lame lagi, mestilah ade azam baru kan.. Bak kate seorang kawan baik saye, kite mesti ade matlamat ape yang kite nak capai dalam hidup.. Azam aku? Rahsia.. huhu.. Tapi, semestinye, nak dapatkan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan berusaha menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.. Semester depan, semester yang pendek tapi padat.. Ade tiga program besar Permanis yang bakal tiba... INTIM, SUKNES@U, ngan Kembara Ilmu.. Kolej pulak, ade Karnival Variasi.. Harap aku dapat bahagikan masa aku wisely.. Jangan jadi macam semester lepas.. Untuk kawan-kawan, Selamat Kembali ke UKM... Kita jumpe di sanaaa...=)

p/s:Tak terasa sangat nak balik UKM sebab sepanjang cuti ulang-alik UKM sbb perkampungan Permanis..

Tuesday, December 8, 2009

Majlis Anugerah Kelas Pertama N9

Semalam, 7 Disember, aku dengan adik-beradik Permanis pegi Majlis Anugerah Kelas Pertama untuk pelajar-pelajar kelahiran N.Sembilan.. Kitorang dijemput untuk meramaikan majlis.. Mase majlis ni, terasa sedih bercampur bangga.. hehe.. Bangge bile tengok pelajar2 cemerlang tu naek amik anugerah dengan ibu bapa diorang.. Aku tau perasan tu.. Mesti tersangatlah bangga.. Aku yang tengok kat bawah ni pon terasa sangat bangga.. Macam anak aku pulak yg naek amik anugerah tu.. Sedih plak bile aku fikirkan aku x boleh nak bagi perasaan yang sama kat mak abah aku.. Sekarang ni pointer aku x berapa nak cemerlang.. Sedang-sedang je.. Nak kejar balik pointer tu untuk dapatkn first class degree sangatlah payah.. Memang x mustahil tapi mustahil bagi aku kot.. Mintak maap mak.. mintak maap abah.. Tapi setiap manusia ade rezeki masing-masing kan? hehe.. Mase program ni gak, first time aku dapat jumpe dengan MB Negeri Sembilan yang dah lama aku nak jumpe.. Sangat best dapat tengok die in person.. Ucapan die jugak membuatkan aku berkobar-kobar nak belajar sungguh.. Aku memerlukan org bg motivasi kat aku sebenarnye.. Ok.. Tengoklah gambar2 kat bawah ni..=)

depan hotel..

dalam hotel..

Dengan MB.. aku duduk sebelah MB.. Siap sentuh bahu dengan beliau.. hehe.. tapi aku tak cukup tinggi.. sebab tu nampak kepalo jo.. haha
MB yang ensem

Banner majlis.. simple but nice..

p/s: penerima anugerah kelas pertama dari University of Colorado sgt comel.. hehe

Friday, December 4, 2009

Diam bukan LEMAH

Aku pendiam.. Ye, aku pendiam.. So what?? Setiap manusia adalah unik.. Setiap manusia ade keistimewaan dan kelemahan sendiri.. Tolonglah jangan pandang rendah kat seseorang.. Aku sangat fed up , bile ramai sangat yang tanye;

"Nape yati diam?"
"Diam je yati?"

Bagi orang dah kenal aku jenis macam mane, x kan tak tahu aku memang macam tu.. Kalo orang tu baru kenal aku, boleh consider lagi la.. Aku tau ramai yang x suke dengan sikap pendiam aku.. Ramai yang memandang rendah aku.. Ramai yang anggap aku langsung x boleh berkomunikasi dengan orang.. Pernah ade satu kursus yang aku pergi, ade seseorang bagi pendapat pasal keseluruhan.. Aku tau die tujukan dekat aku.. Die cakap;

"Kat sini baru saya tau, orang tu boleh bercakap"

Aku tau die refer kat aku sebab aku sorang je pendiam kat situ.. Apekah?? Ingat aku x boleh present langsung depan orang ramai ke? Mase kat Jasen, hampir tiap hari kitorang kena present.. Buat pengetahuan orang tu, saya dapat full mark ye, ujian lisan BM mase SPM.. Aku buat forum mase ujian lisan tu.. Aku cume x suke tonjolkan diri je.. Aku x suke capub (cari publisiti) mcm orang tu.. Ade jugak kat situasi yang lain, x tau la kan orang yang sama atau orang yang lain kan.. Kalo bagi kerja kat aku, die akan bagi kerja yang mudah, yang x melibatkan komunikasi dan die anggap aku x boleh buat kerja itu, kerja ini.. Tolonglah jangan anggap orang pendiam ni LEMAH, x tau buat kerja sume..

Kebetulan, orang tu x pernah kerjasama dengan aku.. Die x tau aku macam mane bile wat kerja.. Bukan nak bangga diri, tapi cube tanye orang yang pernah kerja dengan aku, macam mana kerja aku? Ade aku tinggalkan kerja aku? Ade aku x wat kerja aku? Aku tau beliau x berapa suke kat aku.. Aku boleh tau dari cara dia pandang aku.. Aku suke memerhati orang.. Pandangan seseorang kepada orang yang die suke dengan orang yang die x suke sangat berbeza..

Diam bukan bermaksud orang itu lemah.. Sedangkan nabi, suruh kite bercakap bile perlu je.. Bagi aku pulak.. Aku boleh jadi bising, boleh buat lawak, boleh bergurau, boleh jadi gila-gila dengan orang yang aku selesa dan dengan orang yang aku betul-betul rapat je.. Kalo dah rapat dengan aku, 24 jam aku nak berborak.. Kan Jihah kan? haha.. Mesti ade yang anggap aku ni budak pelik, budak emo.. X kisah lah.. Yang penting aku tau diri aku sape.. This is me.. Kalo x boleh terima, sile jangan berkawan dgn aku.. Aku x kisah.. Tahap kesabaran aku bertempat gak.. Bile dah sampai limit, pasti akan meletop.. Sape yg pernah tengok aku marah, angkat tangan.. Rase ade je yg pernah kena tengking dgn aku..

p/s: Dua bende yang boleh buat aku lega; borak dgn besfren ngan tulis kat blog..

Wednesday, December 2, 2009

Filem Kita

Plot Cerita
Cerita setiap orang x sama.. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita adventure, dan mcm2 lg.. Ni bukan cerita Hollywood atau Hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang2 hero kalah memanjang, org jahat pulak yg sng.. Dah ceritanya dikarang oleh Yang Maha Besar, suka hati DIA, nak buat macam mana.. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro je.. Kat akhirat cerita sebenarnye..
Durasi Cerita
Maha Suci Allah yang tetapkan cerita kite panjang mana.. Ade feature film, ade jgk short film.. DIA sahaja yang tahu.. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' korang je.. DIA nak matikan korang bile2 mase saje.. Jgn korang ingt korang hero korang tak boleh mati.. Buat yang terbaik, buat dgn penuh penghayatan.. kadang2 watak yg kite bwk kecik aje, dialog pon x banyak, tapi kalau baik pembawakannya, tentu dpt award.. Watak utama dlm filem pnjg meleret tapi melalut, org tgk pun menyampah..
Act 1 Take 1
Cerita yg kite lakonkan skrg, DIA dh tulis sjk awal-awal lagi, sblum Dia buat set dan lokasi filem ini.. Semuanya, DIA dah prepare baik punye.. Korang je perasan mcm cerita ni, korang yg karang.. Tu yg berlakon sesuke hati je sampai terlupe arahan Director.. Patutnya, apa yg DIA suruh buat itu yg korang buat, dan apa yg DIA larang, jangan buat.. Tapi korang buat x tau je.. Tu yg over acting memanjang.. Ingat, kite ade satu 'take' sahaja.. so, buat elok2 la.. Baca dan fahaman skrip, jgn simpan je skrip atas almari.. Study macam mana Rasulullah S.A.W bawa watak dia.. Cube ikut dan jgn melalut..
Source: sudut renungan majalah Ujang..
Komen:
Aku pernah ckp kat adik aku, aku tak suke tulis entri copy and paste kat blog aku.. Sebab blog adalah idea kite, wadah kite.. Tapi kali ni, aku wat jugak entri copy and paste sbb aku nak kongsi kat sume, ape yg aku bace.. Faham-fahamkanlah maksud tersurat dan tersirat kat atas.. Hidup kite adalah seperti satu filem lakonan kite.. kengkadang aku terfikir, ape ending cerita aku.. happy ending ke, atau sad ending.. Renung-renungkan dan selamat beramal..=)