Wednesday, December 30, 2009

Jatuh Bangun Semula

Sume orang mesti pernah terjatuh kan? Tipulah kalo tak pernah terjatuh.. Kalo x pernah terjatuh tu, memang keseimbangan badan korang power gler la.. Aku dan terjatuh sangat sinonim sebenarnye.. Kalo dalam satu tahun tu x terjatuh, x sah.. Semester ni je, walopon baru bukak, 2 kali dah aku terjatuh.. Kejadian terbaru, pagi tadi, kat depan DKG130 BB.. Dah dua kali dah aku terjatuh kat situ.. haha.. Korang perasan x ape korang fikir mase korang jatuh? Macam aku tadi, aku secara automatik, terlintas dalam kepala aku:

"E'eh.. Aku nak jatuh ke ni?? Oh tidak!! Harap-harap ni mimpi je!!"

Tapi malangnya tu bukan mimpi.. Aku terjatuh dengan gaya bebas.. Slide pastu hampir terlentang.. haha.. Sakit pinggang aku.. Memalukan tapi rase nak tergelak pon ade.. Tapi tulah, bile jatuh, bangun semula.. Sama macam hidup kite jugak.. Sebab hidup kita ni macam roda, adakala di atas, adakala di bawah.. Jadi kalo kite jatuh dan berada di bawah, sama-samalah kita bangun semula sebab orang yang tak bangun semula tu memang seorang yang loser dan mudah menyerah kalah.. Cube bayangkan kalo kite terjatuh, tapi kite just duduk je kat situ, x bangun balik? Mesti orang yang tengok pon cakap, ape kene budak ni? Laenlah kalo kite tercedera, x boleh nak bangun sendiri kan.. Tapi, selagi kite boleh bangun, kite bangun.. Don't ever give up.. Face the reality and stand up again..=)

p/s: kan aku dah cakap, aku suke berperibahasa sekarang ni.. haha.. semenjak dua menjak ni, asyik merepek sengsorang kat blog...

Kultur Sel dan Tisu

Untuk semester ni, aku ade amik satu subjek yang bagi aku sangat-sangat menarik.. Name subjek ni Kultur Sel dan Tisu atau dalam bahasa Omputihnye, Cell and Tissue Culture.. Sangat menarik sebab kitorang akan tanam pokok pisang dalam kelalang kon, in vitro(dalam makmal).. Nak cerita banyak-banyak pon x boleh sebab aku baru start belajar mende ni.. Baru masuk dua kali kuliah, makmal pon x start lagi.. Tapi dalam bahasa mudahnye, kami akan pilih pokok yang mempunyai ciri-ciri terbaik, pastu kami akan amik sel soma (sel yang bukan sel pembiakan) dari pokok tu, dan kami akan growkan di atas media yang mempunyai nutrien2 yang diperlukan oleh tumbuhan untuk membesar.. Menarik kan? Lecturer kitorang siap janji nak bagi A kalo kitorang punye pokok hidup.. huhu.. rase x saba lak nak masuk lab (sejak bile aku suke pegi lab ni?)..hee

Inilah rupenye nanti kalo pokok kitorang hidup.. tapi dlm gambar ni bukan pokok pisang la..

Ni lagi satu contoh..

p/s: Sebelum ni ckp x nak jadi saintis, x nak keje kat lab.. tapi bile blaja subjek ni macam seronok la plak.. huhu.. Bak kate lecturer aku, bile pokok kite tu hidup, kite akan rase sayang sangat kat pokok tu.. hee..

Tuesday, December 29, 2009

Teori Darwin

Korang tau tak teori Darwin? Korang percaya tak teori die? Bagi yang tak tau, teori Darwin tu teori yang cakap, manusia berevolusi dari seekor monyet tu... Die cakap our ancestors adalh monyet yang kemudiannye, berevolusi jadi manusia.. Aku memule memang langsung x percaya teori tu, tapi bile tengok gambar kat bawah ni, jadi ragu-ragu pulak.. tengok eh..
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
(klik gambar utk besar)
Same kan? huhu..

p/s: sebagai orang Islam, kite wajib percaya kita berasal dari Nabi Adam A.S.. Teori Darwin tu sangat mengarut..

Monday, December 28, 2009

Powerful words..

Semenjak dua menjak ni aku suka berperibahasa.. Macam Karam Singh Walia dah aku tengok.. huhu.. Aku nak cakap pasal 'lidah itu lebih tajam daripada pisau'.. Memang secara fizikalnya, lidah bukanlah tajam macam pisau.. Tapi luka yang disebabkan kata-kata yang keluar dari lidah itu beribu kali lebih pedih dari luka yang disebabkan oleh pisau.. Kata-kata dari lidahlah yang boleh merobek hati dan perasaan seseorang.. Sebab tu orang cakap, terlajak perahu boleh diundur, tapi kalo terlajak kata tak boleh nak undur balik dah.. Jadi berhati-hatilah bile bercakap.. Fikir dulu perkataan yang sesuai.. jangan main sedap mulut je bercakap.. kalo luke di jari sehari dua hari boleh ubat, tapi kalo luka di hati, setahun or dua tahun tak tentu terubat lagi.. Lebih elok bercakap bile perlu je.. ok?
Sebenarnya, entri ni pon macam teguran pada diri sendiri sebab aku pon jenis yang cakap direct to the point dan agak lepas gak la bile bercakap tu.. Sekarang ni tengah mengusahakan diri agar cakap tu berlapik sket.. hehe.. Sama-sama lah kite cakap berlapik dan saling menjaga hati.. Sape-sape yang pernah terasa dengan kata-kata yang keluar dari lidah saya ni, saya mintak maaf sangat-sangat.. Kadang-kadang x perasan..=)

p/s: terpaksa edit post sebab sekarang ni, keyboard itu lebih tajam daripada pisau.. huhu.. takut ade yang terasa..

Friday, December 25, 2009

Berani atau Tak Tahu Malu?

Aku baru bace satu entri pasal 'Perigi Cari Timba'.. (klik sini utk baca)
Ade yang cakap perempuan jenis 'perigi cari timba' ni seorang yang x tau malu dan ada jugak yang anggap perempuan jenis ni adalah berani..
Perkara ni subjektif sebenarnya.. Bergantung pada pendapat masing-masing..
Aku tak rase perempuan jenis ni adalah tak tahu malu.. Itu satu perkataan yang kejam sebenarnya untuk digunakan..
Perempuan jenis ni adalah lebih tepat dikatakan sebagai jenis yang berani meluahkan perasaan..
Walaubagaimanapun, aku x rase perempuan zaman sekarang yang jenis ni boleh disamakan dengan isteri Nabi S.A.W, Siti Khadijah R.A..

Kenapa aku cakap x sama?

Sebab Siti Khadijah meminang Nabi Muhammad S.A.W kerana terpikat dengan akhlak baginda dan yakin bahawa baginda adalah orang yang sangat tepat untuk dijadikan suami..
Berlainan dengan kebanyakan perempuan zaman sekarang, yang lelaki mana ntah, langsung x kenal, dapat no. fon lelaki tu dari kawan-kawan, tak tau pon perangai lelaki tu macam mana, terus mesej atau call lelaki tu cakap "BOLEH BERKENALAN?".. untuk ape? untuk dijadikan suami? Oh, tidak sama sekali.. lebih kepada mengisi masa lapang ataupun kesunyian..

Memang x semua macam tu.. Bagi perempuan2 yang rase lelaki tu berakhlak mulia dan berminat nak jadi isteri diorang, aku rase x salah nak wat first move sebab Islam pon tak larang..

Ape motif aku buat entri ni?
Hehe.. sebab baru je borak pasal ni dengan roommate, and kitorang berlainan pendapat.. huhu

p/s: aku x reti cakap, jadi aku tulis.. untuk abah, jangan salah faham.. akak sesaje je tulis.. =).. and I'm not that type of girl.. huhu

Monday, December 21, 2009

Encik Mo dan Puan Nyet

Di Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mempunyai jiran-jiran yang sangat saya "sayangi".. Name mereka Encik Mo dan Puan Nyet.. Encik Mo dan Puan Nyet mempunyai ramai anak dan sepupu sepapat yang sama-sama menginap di kediaman mereka.. Keluarga Encik Mo dan Puan Nyet comel-comel belaka.. Mempunyai rambut berwarna perang bak orang putih dan senyuman yang manis..

Walaubagaimanapun, keluarga Encik Mo dan Puan Nyet mempunyai beberapa sikap negatif.. Mereka suka mencuri makanan jiran-jiran mereka yang lain.. Pantang ade pintu atau tingkap yang terbuka, pasti mereka masuk.. Mereka juga suka mengacau dan mengejar perempuan-perempuan yang lalu lalang di hadapan mereka.. Mereka tidak takutkan sesiapa..

Malah ade di antara mereka mandi dan berenang-renang dalam tangki air di salah satu blok di kolej kediaman kami ini.. Mereka keluar tidak kira masa.. Petang, pagi, siang.. Malam je susah sket nak jumpe mereka.. Kami hidup dalam ketakutan.. Kami hidup berlari-larian disebabkan mereka.. Mungkin salah kami jugak yang mengambil tempat tinggal mereka dahulu dan membina blok-blok di tempat tinggal mereka..

Tapi takpe, saya x pernah salahkan Encik Mo dan Puan Nyet.. Saya tahu memang x boleh nak ubah sikap mereka sebab dah memang sikap semulajadi mereka.. Kengkadang saya terfikir, alangkah bagusnya jika keluarga Encik Mo dan Puan Nyet manja seperti kucing.. Tentu kami hidup aman dan damai.. Dan saya juga x keberatan nak bagi makanan kepada mereka..

Jadi, sekiranya, Encik Mo atau Puan Nyet, membaca luahan hati saya ni, tolonglah berubah demi kebaikan kite bersama... Ahahhaha.. Aku dah gile ke ape? Bercakap pon x reti macam mane die nak surf internet?..

Nota kaki: Encik Mo dan Puan Nyet yang dimaksudkan adalah monyet-monyet di Kolej Ungku Omar.. huhu.. Aku dah jadi gila sebentar lepas kena kejar ngan diorang petang tadi.. haha

Puan Nyet sedang tidur dengan lenanye di foyer Kolej Ungku Omar..

bertukar posisi nampaknye, Puan Nyet.. haha

Beriadah di waktu petang bersama ahli keluarga..

Sebahagian daripada keluarga Encik Mo dan Puan Nyet..

Sunday, December 20, 2009

Ayuh Kembali ke Sekolah.. Ayuh!

Setiap kali sekolah nak bukak, ataupun sekarang ni, semester nak bukak, mesti aku teringat lagu iklan kasut New Era.. huhu.. Comel jer lagu tu.. Kalo x tau lagu tu, suruh Encik Google carikan.. Semester baru, azam pon baru.. Lagipon bertepatan dengan Awal Muharam yang baru je lepas dan Tahun baru 2010 x lame lagi, mestilah ade azam baru kan.. Bak kate seorang kawan baik saye, kite mesti ade matlamat ape yang kite nak capai dalam hidup.. Azam aku? Rahsia.. huhu.. Tapi, semestinye, nak dapatkan sesuatu yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dan berusaha menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.. Semester depan, semester yang pendek tapi padat.. Ade tiga program besar Permanis yang bakal tiba... INTIM, SUKNES@U, ngan Kembara Ilmu.. Kolej pulak, ade Karnival Variasi.. Harap aku dapat bahagikan masa aku wisely.. Jangan jadi macam semester lepas.. Untuk kawan-kawan, Selamat Kembali ke UKM... Kita jumpe di sanaaa...=)

p/s:Tak terasa sangat nak balik UKM sebab sepanjang cuti ulang-alik UKM sbb perkampungan Permanis..

Tuesday, December 8, 2009

Majlis Anugerah Kelas Pertama N9

Semalam, 7 Disember, aku dengan adik-beradik Permanis pegi Majlis Anugerah Kelas Pertama untuk pelajar-pelajar kelahiran N.Sembilan.. Kitorang dijemput untuk meramaikan majlis.. Mase majlis ni, terasa sedih bercampur bangga.. hehe.. Bangge bile tengok pelajar2 cemerlang tu naek amik anugerah dengan ibu bapa diorang.. Aku tau perasan tu.. Mesti tersangatlah bangga.. Aku yang tengok kat bawah ni pon terasa sangat bangga.. Macam anak aku pulak yg naek amik anugerah tu.. Sedih plak bile aku fikirkan aku x boleh nak bagi perasaan yang sama kat mak abah aku.. Sekarang ni pointer aku x berapa nak cemerlang.. Sedang-sedang je.. Nak kejar balik pointer tu untuk dapatkn first class degree sangatlah payah.. Memang x mustahil tapi mustahil bagi aku kot.. Mintak maap mak.. mintak maap abah.. Tapi setiap manusia ade rezeki masing-masing kan? hehe.. Mase program ni gak, first time aku dapat jumpe dengan MB Negeri Sembilan yang dah lama aku nak jumpe.. Sangat best dapat tengok die in person.. Ucapan die jugak membuatkan aku berkobar-kobar nak belajar sungguh.. Aku memerlukan org bg motivasi kat aku sebenarnye.. Ok.. Tengoklah gambar2 kat bawah ni..=)

depan hotel..

dalam hotel..

Dengan MB.. aku duduk sebelah MB.. Siap sentuh bahu dengan beliau.. hehe.. tapi aku tak cukup tinggi.. sebab tu nampak kepalo jo.. haha
MB yang ensem

Banner majlis.. simple but nice..

p/s: penerima anugerah kelas pertama dari University of Colorado sgt comel.. hehe

Friday, December 4, 2009

Diam bukan LEMAH

Aku pendiam.. Ye, aku pendiam.. So what?? Setiap manusia adalah unik.. Setiap manusia ade keistimewaan dan kelemahan sendiri.. Tolonglah jangan pandang rendah kat seseorang.. Aku sangat fed up , bile ramai sangat yang tanye;

"Nape yati diam?"
"Diam je yati?"

Bagi orang dah kenal aku jenis macam mane, x kan tak tahu aku memang macam tu.. Kalo orang tu baru kenal aku, boleh consider lagi la.. Aku tau ramai yang x suke dengan sikap pendiam aku.. Ramai yang memandang rendah aku.. Ramai yang anggap aku langsung x boleh berkomunikasi dengan orang.. Pernah ade satu kursus yang aku pergi, ade seseorang bagi pendapat pasal keseluruhan.. Aku tau die tujukan dekat aku.. Die cakap;

"Kat sini baru saya tau, orang tu boleh bercakap"

Aku tau die refer kat aku sebab aku sorang je pendiam kat situ.. Apekah?? Ingat aku x boleh present langsung depan orang ramai ke? Mase kat Jasen, hampir tiap hari kitorang kena present.. Buat pengetahuan orang tu, saya dapat full mark ye, ujian lisan BM mase SPM.. Aku buat forum mase ujian lisan tu.. Aku cume x suke tonjolkan diri je.. Aku x suke capub (cari publisiti) mcm orang tu.. Ade jugak kat situasi yang lain, x tau la kan orang yang sama atau orang yang lain kan.. Kalo bagi kerja kat aku, die akan bagi kerja yang mudah, yang x melibatkan komunikasi dan die anggap aku x boleh buat kerja itu, kerja ini.. Tolonglah jangan anggap orang pendiam ni LEMAH, x tau buat kerja sume..

Kebetulan, orang tu x pernah kerjasama dengan aku.. Die x tau aku macam mane bile wat kerja.. Bukan nak bangga diri, tapi cube tanye orang yang pernah kerja dengan aku, macam mana kerja aku? Ade aku tinggalkan kerja aku? Ade aku x wat kerja aku? Aku tau beliau x berapa suke kat aku.. Aku boleh tau dari cara dia pandang aku.. Aku suke memerhati orang.. Pandangan seseorang kepada orang yang die suke dengan orang yang die x suke sangat berbeza..

Diam bukan bermaksud orang itu lemah.. Sedangkan nabi, suruh kite bercakap bile perlu je.. Bagi aku pulak.. Aku boleh jadi bising, boleh buat lawak, boleh bergurau, boleh jadi gila-gila dengan orang yang aku selesa dan dengan orang yang aku betul-betul rapat je.. Kalo dah rapat dengan aku, 24 jam aku nak berborak.. Kan Jihah kan? haha.. Mesti ade yang anggap aku ni budak pelik, budak emo.. X kisah lah.. Yang penting aku tau diri aku sape.. This is me.. Kalo x boleh terima, sile jangan berkawan dgn aku.. Aku x kisah.. Tahap kesabaran aku bertempat gak.. Bile dah sampai limit, pasti akan meletop.. Sape yg pernah tengok aku marah, angkat tangan.. Rase ade je yg pernah kena tengking dgn aku..

p/s: Dua bende yang boleh buat aku lega; borak dgn besfren ngan tulis kat blog..

Wednesday, December 2, 2009

Filem Kita

Plot Cerita
Cerita setiap orang x sama.. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita adventure, dan mcm2 lg.. Ni bukan cerita Hollywood atau Hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang2 hero kalah memanjang, org jahat pulak yg sng.. Dah ceritanya dikarang oleh Yang Maha Besar, suka hati DIA, nak buat macam mana.. Bukan kira menang kalah kat dunia, ini baru intro je.. Kat akhirat cerita sebenarnye..
Durasi Cerita
Maha Suci Allah yang tetapkan cerita kite panjang mana.. Ade feature film, ade jgk short film.. DIA sahaja yang tahu.. Korang perlu perbaikkan watak dan 'lakonan' korang je.. DIA nak matikan korang bile2 mase saje.. Jgn korang ingt korang hero korang tak boleh mati.. Buat yang terbaik, buat dgn penuh penghayatan.. kadang2 watak yg kite bwk kecik aje, dialog pon x banyak, tapi kalau baik pembawakannya, tentu dpt award.. Watak utama dlm filem pnjg meleret tapi melalut, org tgk pun menyampah..
Act 1 Take 1
Cerita yg kite lakonkan skrg, DIA dh tulis sjk awal-awal lagi, sblum Dia buat set dan lokasi filem ini.. Semuanya, DIA dah prepare baik punye.. Korang je perasan mcm cerita ni, korang yg karang.. Tu yg berlakon sesuke hati je sampai terlupe arahan Director.. Patutnya, apa yg DIA suruh buat itu yg korang buat, dan apa yg DIA larang, jangan buat.. Tapi korang buat x tau je.. Tu yg over acting memanjang.. Ingat, kite ade satu 'take' sahaja.. so, buat elok2 la.. Baca dan fahaman skrip, jgn simpan je skrip atas almari.. Study macam mana Rasulullah S.A.W bawa watak dia.. Cube ikut dan jgn melalut..
Source: sudut renungan majalah Ujang..
Komen:
Aku pernah ckp kat adik aku, aku tak suke tulis entri copy and paste kat blog aku.. Sebab blog adalah idea kite, wadah kite.. Tapi kali ni, aku wat jugak entri copy and paste sbb aku nak kongsi kat sume, ape yg aku bace.. Faham-fahamkanlah maksud tersurat dan tersirat kat atas.. Hidup kite adalah seperti satu filem lakonan kite.. kengkadang aku terfikir, ape ending cerita aku.. happy ending ke, atau sad ending.. Renung-renungkan dan selamat beramal..=)

Monday, November 30, 2009

Dulu Dan Sekarang..

DULUGambar ni mase raya kat umah nenek aku.. sume kecik2 je lagi mase ni.. Boleh muat satu van pegi memane..

SEKARANG Sume dah besar-besar.. Along, Angah, Alang sume dah kahwin ngan ade ank sorang.. tahun depan, anak along ngan alang dah masuk dua orang dah..

DULU

Aku ngan Eju mase kecik dengan fesyen tudung zaman dedulu.. haha.. Lagi satu, mase ni aku lagi tinggi dari adik aku.. huhu.. Tapi mase ni sume orang ingat kitorang kembar..

SEKARANG Sekarang muke dah berbeza.. hehe.. Eju pon lagi tinggi dari aku.. And Eju kurus, aku gemuk..

DULU
Ni zaman-zaman free hair aku.. haha.. Tapi dah edit gambar tu jadi macam tudung.. Muke aku memang masam dari kecik eh.. Sekarang ni, ramai salah anggap aku sombong sebab muke aku masam sangat.. haha


SEKARANG

Ni sume gambar-gambar gedik and vain mase aku first year.. Dah besau dah aku rupenye.. haha

p/s: masih terasa diri macam budak kecik mase kat umah..

Tuesday, November 24, 2009

Khas untuk Zyda

gambar cilok dari facebook.. haha

Happy belated birthday, my dearest Zyda.. Sorry sangat-sangat lambat wish.. Masa birthday awak, saye kat umah abang saye, x de internet.. Bile dah balik dari umah abang pulak, saye terlupe langsung nak wish.. Sebagai balasan sebab saya lupe, saye nak tulis satu entri dalam blog saye, khas untuk Zyda.. huhu..
Untuk pengetahuan semua, Nur Ezzaida Mohd Razif, adalah best friend aku masa kat MRSM Jasin dulu.. Zyda sekarang dekat USA, melanjutkan pelajaran kat Pennsylvania University dalam Biotechnology.. Zyda adalah antara kawan paling best aku pernah ade..

First time aku jumpe Zyda masa daftar MRSM Jasin dulu.. Kitorang satu kelas dan kitorang budak Gogo (bdk yg asal dari sekolah government).. Masa tu, aku duduk belakang sekali dalam kelas.. Zyda lak, duduk agak depan.. Tapi Zyda selalu datang duduk kat sebelah aku masa prep, borak-borak ngan aku.. First impression aku pasal Zyda (x pernah bagitau kat Zyda pon ni.. hehe) ialah Zyda sangat girlish.. Aku ingat lagi, Zyda borak-borak sebelah aku sambil kilatkan kuku.. haha.. Tapi masa form 4, kitorang x berapa rapat sangat.. Kitorang start rapat semester dua form 5 rasenye..

Kitorang rapat bertiga.. Zyda, Ieza ngan aku.. Selalu pergi memane bertiga.. Macam-macam bende kitorang pernah wat same-same and aku sangat rindukan kenangan tu.. Zyda ngan Iezalah yang tau banyak rahsia aku.. Kitorang study sama-sama bawah pokok depan blok.. Study sesama kat library.. outing sesama.. makan sambil mengusya abang dewan selera sesama (ni aku je kot.. haha).. jumpe cikgu sesama.. Sembahyang dhuha sesama.. Puasa sunat sesama.. bile study week lak, kitorang study kat macam-macam tempat.. kat surau la.. kat dewan selera la, kat depan office la, kat foyer la.. hehe.. malah, kitorang pernah ditangkap warden sebab balik prep awal sket dari waktunye jugak bersama-sama.. hee.. Aku ingat lagi, kitorang pernah kutip buah ciku sesama kat kebun sekolah.. Dan yang paling aku x dapat lupa, Zyda ngan Ieza ajar aku langkah longkang yang sangat besar tepi Dewan Selera Aspuri setiap malam lepas prep.. haha.. kelakar gler..Tapi diorang still x berjaya ajar aku.. Aku sampai sekarang still takut nak langkah longkang besar..

Tapi kitorang ade gak gaduh.. Aku ingat lagi, aku pernah menangis dalam kelas masa prep sebab aku rasa tersisih.. Aku jealous sebenarnye tengok Ieza ngan Zyda lagi rapat dan pernah tinggalkan aku.. Lama gler diorang pujuk aku.. haha.. Aku sensitif sangat sebenarnye mase tu.. Tapi cemburu tandanye sayang kan?.. Jadi maknenye aku sayang sangat kat diorang.. haha

Untuk Zyda dan Ieza, sebenarnya, persahabatan kite adalah kenangan paling manis saya di Jasin.. Sebab koranglah, saya berjaya adapt dengan kehidupan kat asrama.. Sebab korang jugaklah homesick saya hilang.. Dan dari koranglah saya belajar banyak benda.. Luv u and miss u always.. Harap kite dapat berkawan sampai anak cucu..

~Frenz forever~

Bad Leader

Dah lama aku x emo-emo kat blog aku.. huhu.. Kali ni nak emo sket.. I really feel that I am a very bad leader.. I better be a follower than a leader.. Kat UKM, kalo bace entri-entri before ni, mungkin ade yang tau, aku ketua satu kelab kat kolej 'kesayangan' aku.. Walopon kelab kecik, tapi tanggungjawab tu sangat besar, sebab kitorang jaga salah satu kemudahan kolej.. Sepanjang semester yang lepas, x de aktiviti langsung yang aku buat.. Pusat Sumber tu pon, terbengkalai macam tu je.. Kengkadang aku terfikir nak letak jawatan.. Kenapalah, aku 'bijak sangat' sanggup terima jawatan tu dulu.. Padahal aku tau betapa besar tanggunjawab seorang ketua.. Saya mintak maaf sesangat kat PSUO, saya x dapat bagi komitmen masa semester lepas.. Mintak maaf sangat kat MT PSUO and ahli-ahli PSUO.. Mintak maap sesangat kat felo penasihat,Kak Angie sebab x buat ape yang disuruh.. Mintak maap jugak kat jaksa penasihat, Tey sebab selalu wat dunno je bile jumpe ko.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk bagi full commitment kat PSUO semester depan.. InsyaAllah..
p/s: aku rase sangat bersalah..

Tuesday, November 17, 2009

Kenapa orang cantik lebih yakin?

Kenapa orang cantik lebih berkeyakinan dari orang yang kurang cantik?? Aku dah dapat jawapan die.. huhu.. Tadi aku tengok rancangan "Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah" kat Astro Oasis.. Beliau crite pasal personaliti berdasarkan fizikal.. Aku tengok yang ulangan punye.. yelah, mase die tayang kat Astro Ria aku x pernah tengok langsung.. huhu.. Tapi menurut Dr Fadzilah, ini hanya teori, x semestinye betul.. Kire macam the ugly truth la ni.. The ugly truth is, orang suka nak berkenalan dengan seseorang yang cantik berbanding dengan seorang yang kurang cantik..

Memang orang cakap, 'don't judge a book by its cover'.. tapi kebanyakan orang, yang luaran ni lah yang die tengok dulu.. Macam pilih buku jugak.. Memang aku akui, kalo aku pilih buku (hobi aku bace buku), mmg aku pilih buku yang cover die cantik.. kengkadang aku dapat buku cover cantik n crite die pon menarik.. kengkadang gak aku dapat buku tu cover cantik tapi crite die x de la menarik mane..

So, ape kaitan dengan orang lagi suke berkawan dengan orang yang lagi cantik, orang cantik berkeyakinan tinggi? Sebab, bile seseorang tu diapproach oleh ramai orang, sume orang nak berkawan dengan die, so, die akan mempunyai banyak peluang untuk practice untuk berinteraksi dengan ramai orang.. Dari situ, keyakinan diri die akan dibentuk.. Berlainan dengan orang yang kurang cantik ni, die akan dapat kurang peluang untuk practice.. So, keyakinan diri die kurang sket.. Tapi ni x semestinye betul.. Ramai jugak kite tengok yang kurang cantik, tapi keyakinan diri die sangat tinggi..

Tapi aku selaku seorang yang kurang cantik, aku akui perkara di atas.. Kawan baik aku selalunye cantik.. Dari sekolah rendah sampai sekarang, aku tak tau nape, kawan baik semua cantik-cantik belaka.. Aku dapat tengok perbezaan seseorang, bile cakap dengan aku and bile cakap dengan kawan baik aku yang cantik, sangat lain.. Aku pernah x diendahkan langsung oleh orang and aku pernah tinggalkan je kawan baik aku terus berborak dengan orang-orang ni and diorang x sedar langsung aku dah pergi.. kawan baik aku je sedar.. huhu.. tapi kemudian baru die tanya.. tapi dulu aku memang agak rendah diri.. Sekarang ni aku dalam usaha memperbaiki communication skills aku.. kawan-kawan, tolong saya eh..

Sebenarnya, semua manusia adalah cantik.. Semua perempuan adalah cantik.. Every girl is a princess.. Yang bezanya, cantik tang mana.. Cantik luar ke, cantik dalam ke, cantik luar n dalam ke.. Yang pasti, cantik ni subjektif.. Beauty is in the eyes of beholder..

p/s: mengarut sekali sekala.. huhu

Sunday, November 15, 2009

Cuti.Holiday


"Mak Cik Buchuk..".. haha.. comel gler zaim masa ni.. muah3

Perancangan cuti akhir semester aku:

11/11-16/11~~~duduk rumah,rehat,serehat-rehatnye.. huhu.. main ngan anak buah.. zaim yang sangat comel dan umar yang sangat nakal

17/11-22/11~~~pergi duduk kat rumah Alang kat rawang.. hari sabtu minggu tu lak amik dak eju kat kolej die

22/11-25/11~~~perkampungan PERMANIS utk Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan..

26/11-30/11~~~cuti raya haji sat..

1/12-13/12~~~ sambung perkampungan lagi.. haisyh..

14/12-17/12~~~ Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan

17/12-20/12~~~balik rumah, packing2 barang..

20/12~~~~ Balik UKM balik.. uwaaa!!

p/s: mengorbankan cuti demi PERMANIS.. POMANIH totap di hati.. isk.. isk.. haha

Wednesday, November 11, 2009

KuRUs

Semua orang nak jadik kurus, especially perempuan la kan.. Aku pon nak jadik kurus jugak.. Camne nak jadik kurus ek? Aku rase aku ade metabolisme yang sangat rendah.. Berat badan aku yang paling berat masa lepas matrikulasi.. Masa cuti tu x de keje lain.. Makan je.. Nasib baek masa masuk UKM, aku turun 10Kg sebab banyak berjalan kot, pastu sibuk je memanjang.. Tapi sekarang, dah naek balek.. tapi x naek banyak la.. Masa sekolah menengah, abang-abang aku selalu ejek aku 'GEMUK' sebab berat aku lebih dari berat diorang.. tapi aku x kisah sangat.. Kengkadang aku rase mempunyai berat badan berlebihan akan mengurangkan keyakinan diri seseorang.. Aku pulak secara kebetulan selalu berkawan dengan orang yang kurus, membuatkan aku rasa aku sangat gemuk.. huhu.. ye, aku tau aku sangat rendah diri.. Tapi aku lagi suka orang berterus terang cakap aku gemuk, dari cakap aku kurus tapi x maksudkannya.. Maybe it's hurt, but it will makes me realize who I am bcoz kengkadang aku dah terlalu selesa dengan condition badan aku.. Kalo tanya macam mane nak jadi kurus, mesti orang akan jawab:

1. bersenam
~~ nilah yang paling susah sekali aku nak wat.. aku sangat malas nak bersenam.. kengkadang je main badminton ngan family..

2. Diet
~~ ni pon aku susah gler nak wat.. aku x leh control nafsu makan aku.. lebih2 lagi kalo mak yang masak kan.. mmg x leh tahan.. haha.. kengkadang aku kontrol gak makan tapi aku jenis badan yang cepat naek.. makan banyak sket, naeklah berat badan..

3. Makan ubat kurus
~~ aku tak pernah wat ni.. sebagai budak bio, aku tau cara ni bahaya.. haha.. lagipon mahal..

4. Minum teh herba
~~ aku pernah gak minum.. tapi malas nak wat selalu.. sebab asyik masuk tandas je bile minum.. haha

5. Pergi Slimming Program
~~ nilah yang menjadi target aku.. huhu.. bile dah kerja ngan ade duit sendiri nanti, aku nak gi London Weight Management.. hhaha

p/s: banyak baju aku beli x muat.. sangat sedih.. =(

Sunday, November 8, 2009

KMNS

Salam..

Harini tetibe rase nak menulis pasal zaman Matrikulasi dulu-dulu.. Aku x pernah cerita lagi pasal matrix aku.. Selalu cerita pasal UKM ngan MRSM Jasin je.. Aku matrik kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) kek Pilah nun.. huhu.. Sangat seronok.. Kat sinilah aku belajar macam-macam bende baru.. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku dapat kat sini.. Kat sini jugak la aku aku berazam nak masuk UKM sampai isi borang UPU sume letak UKM.. hehe.. Kat sinilah aku first time belajar menggunakan bas.. Bebudak praktikum aku, H1P4, pon sume best-best belaka.. Kat sini aku rapat dengan Yana, Dayah, Mek (Dilah), Qilah ngan Musfirah.. Roommate-roommate aku pon best gak tapi sayang kitorang x pernah amik gambar sesama.. Roommate aku 3 di UKM termasuk aku, 1 kat UPM.. Kak Ayu, Kak Amy ngan aku kat UKM.. Alin lak kat UPM.. Kat sini gak ade satu kenangan pahit yang aku akan kenang sampai bile-bile.. Sangat memalukan sampai rase nak buat pembedahan plastik ubah muka aku supaya orang x kenal.. haha..
dengan kengkawan rapat aku kat Matrix..

mase dinner dinamika kemahiran..

masa jamuan perpisahan H1P4..

masa karnival sains.. H1P4 dapat nombor 1 kategori biologi.. power gler.. hehe

masa bedah tikus.. mule2 kesian, tapi bile dah start belah tu, sampai hancur tengkorak die aku kejekan.. haha
~rindu~

masa jamuan buka puasa H1P4..


sue, aku ngan yana.. masa matrix, nilah fesyen tudung aku.. huhu

p/s: kawan-kawan H1P4 KMNS, yang terbaca, contact2 la eh..

Thursday, November 5, 2009

RUNAWAY

Salam..

Just nak kongsi one of my favourite song selain lagu-lagu Miley Cyrus yang melambak dalam lap top aku.. haha.. Ye, aku tau aku perasan muda dengan jadi peminat Miley Cyrus sebab peminat-peminat die sume teens and tweens.. Aku dah x teens lagi dah dan apatah lagi tweens.. huhu.. Tapi lagu kat bawah ni, lagu Avril Lavigne, tajuk die RUNAWAY.. Lagu ni lah yang aku ngan roommate aku selalu karaoke kat bilik.. Bile dengar lagu ni rase nak lari-lari sambil menjerit.. haha.. Papepon, kalo nak lari ataupun lupekan masalah kite boleh, tapi jangan terlalu lama.. Nak tak nak, kite kena face jugak problem kita, barulah problem kita dapat diselesaikan.. ok? huhu..

p/s: tahap Manglish aku semakin teruk.. aritu aku nak cakap 28 kat jihah, aku tercakap twenty lapan secara x sengaja.. haha.. dalam satu perkataan pon still nak manglish jugak ke? ok2.. lepas ni, kena kawal sket manglish aku.. huhu

Monday, November 2, 2009

1 Tahun 1 Bulan

Salam..

Blog aku dah berumur 1 tahun 1 bulan.. X sangka.. Dah lama jugak rupenye aku merepek kat sini.. Terima kasih gak kat sume followers blog ni dan sume silent readers (kalo ade la) blog ni.. Terima kasih banyak-banyak sebab anda sume menemani hidup saya.. hehe.. Aku x kisah followers blog aku x berapa nak ramai.. Sebab memang tujuan aku buat blog ni bukan untuk tujuan publisiti dan duit.. Terima kasih blogku kerana menjadi peneman ketika sedih, ketika gembira, ketika sakit, ketika marah dan sebagainya.. I really love my blog..

p/s: kalo boleh nak blogging sampai tua.. huhu


Sunday, November 1, 2009

Stress Is A Good Thing..

Salam..

Dalam minggu peperiksaan ni, kite boleh tengok banyak sangat gelagat orang menangani stress.. Macam semalam, budak sebelah blok aku karaoke lagu-lagu rock kapak sampai boleh dua blok boleh dengar.. haha.. Aku nak gak rasa stress-stress ni.. Masalahnya aku sangat susah nak stress.. Stress ni bagus sebenarnya.. Melalui stress la kita rase nak study, nak dapat A, nak dapat dekan.. Kalo macam aku yang jarang stress ni memang selalu sangat x de mood nak study.. bile nak study je, hati cakap; "Lek r.. awal lagi nak study..".. Padahal lagi 2,3 hari je lagi nak exam..Teruk betol perangai..
Bile dah dapat result pulak, ade orang akan stress bile tengok result die teruk.. Tapi stress ni lah yang bagus sebab akan mendorong die dapat better result semester depan.. Berlainan lagi sekali dengan aku, bile aku dapat result teruk, or result aku drop, aku bukannye nak stress, tapi hati aku cakap; " Takpe.. Boleh cube lagi semester depan..".. tapi bile semester depan tu, perangai tetap sama, x tukar-tukar.. Haisyh.. Ape nak jadi aku ni.. Mr. Stress cepatlah attack aku!!!

Saturday, October 31, 2009

Picnic At Tasik Kejut

Salam..

Dah lame gler x update ini blog.. Dah dekat seminggu.. Sebabnya sekarang ni tengah concentrate kat final exam (concentrate la sangat kan.. hanya aku dan roommate yg tau.. haha).. Alhamdulillah, dah abis 4 daripada lapan paper.. Paper Teknologi DNA Rekombinan I (TDR I) boleh tahan la.. boleh jawab tapi ade sket yg aku tulis dua tiga ayat je sebab x cukup masa.. Paper TDR II pon boleh tahan.. Biometri lak susah, dah la 4 unit.. haisyh.. Ko-k lak, ok kot.. tak tau la sebab final die 30% je.. Tinggal lagi 4 paper yang tinggal dan sumenye killer paper.. X saba nak abis exam.. Tadi, Mak, Abah ngan Umar datang melawat aku kat sini.. Sebabnye ade surat JPA datang pastu kena ade tanda tangan aku.. huhu.. tu yang datang tu.. Umar dah kurus.. sebab rambut die dah pendek kot.. Kitorang makan kat Tasik Kejut.. huhu.. ingatkan kitorang je yang datang piknik kat situ, rupe-rupenye ade family lain gak.. Mak bawak makanan yang sangat banyak n sumenye datang dari Cameron Highland (mentang-mentang baru balik melawat Cameron).. huhu.. Sedap gler mak masak.. Ade sambal petai Cameron, masak lemak rebung Cameron, salad goreng Cameron, rendang ayam, ayam goreng, agar-agar strawberi, air strawberi and macam-macam lagi.. memang kenyang gler.. huhu.. Eju jangan jealous.. Terima kasih mak, masak banyak-banyak bawak kat Akak..=)
aku ngan Umar..

Aku ngan Umar lagi..

tengah makan.. bestnye..

umar yang tangkap gambar ni..
umar dah besar..

Umar tangkap gambar aku pulak..

souvenir dari Cameron.. bantal strawberi yang comel.. huhu

Saturday, October 24, 2009

Gedikness

Salam..

Aku suke gabungkan BM ngan BI.. haha.. pemusnah bahasa betul aku ni.. Gedikness atau kegedikan.. Gedik ni subjektif sebenarnya.. Ade orang anggap gedik tu ok, ade anggap x.. Honestly aku sangat x suke tengok perempuan gedik.. Gedik ni ade macam-macam jenis.. Ade gedik yang terkawal dan nampak cute.. Ade gedik yang x terkawal dan nampak menyampahkan.. Ade gedik yang x terkawal tapi still nampak cute macam Cinta Laura dalam cerita Upik Abu dan Laura kat TV3 tu..

Gedik jugak ade macam-macam bentuk.. Ade gedik dalam perbuatan.. Ade gedik dalam percakapan.. Malah ade gedik dalam penulisan.. Yang paling aku x tahan tengok of course la gedik perbuatan kan.. Kalo gedik penulisan ni pulak, leh tengok dari cara die mengeja sesuatu perkataan tu bile menulis.. Kengkadang sampai nak bace blog yang die tulis pon rase menyampah.. Sebagai contoh:

~aku: aquh, aque, akuh
~kamu: kamuh
~hidupku: hidup quh/ hidupkuh
~saya: shaye/ caye/ shayerrr/ shayew
~suka: shuker/ shukew/ shuka/ shuqa..
~korang: korunk/ kowwang
kredit to saadahsaadun.blogspot.com

Aku bukannya anti orang gedik ke ape.. kalo gedik sesama perempuan tu x kisah la kan (aku pon menggedik dengan pompuan gak).. X payah la gedik dengan lelaki.. Ade batas-batas pergaulan tu.. Bertepuk-tampar lelaki perempuan, lagi la x gemar aku tengoknye. Walopon ade yang bagi alasan ade alas baju, tapi still x manis dipandang orang.. Kengkadang kawan-kawan aku sendiri ade bertepuk-tampar sume ni.. Nak tegur depan-depan, bukan takut, bukan malu tapi nanti takut musnah persahabatan... Cube la lelaki nak tepuk tampar ngan aku, nak kene penumbuk? haha..

Nak cakap aku konservatif? Cakaplah.. Aku memang agak konservatif tapi agak open jugak dalam perkara yang lain.. Kengkadang aku sedih tengok gambar-gambar kawan2 aku kat Facebook yang selamba je peluk lelaki perempuan.. Gambar kiss pon die letak kat Facebook.. Apekah?? Bangga sangat ke? Awak tu Islam, Melayu dan Perempuan.. Tolonglah jaga maruah awak tu sket.. Kalo x nak jaga maruah awak, jaga maruah ibu bapa awak, agama awak, bangsa awak... Rasenye ramai yang cakap aku over-react lak kan.. Biaselah tu dunia modern.. Tapi, walau semoden mana dunia, kita still ada agama, ada adat.. Jangan nama kita je Islam, tapi perbuatan kita, percakapan kita, menggambarkan sebaliknya..

Dekat kolej aku pulak ade satu grup elit budak first year ni yang dipanggil K****** yang dipilih oleh pengetua.. Sangat menyampah aku tengok.. Bajet awak tu JAKSA ke? JAKSA pon x berlagak n gedik macam diorang.. Tapi x sume la dalam K****** tu mcm tu.. Kalo korang ELIT sangat, x de maknenye korang masuk UKM, dah lama dah korang fly oversea.. Jadi taraf kite sama je eh.. Tak payah nak bangga diri sangat..

Dah lari tajuk nampaknye.. haha.. Rasenye lelaki ada x yang gedik? Aku rase ade je.. Aku tau aku bukannya baik sangat nak tegur orang.. Jangan marah aku, ni just apa yang aku fikir.. Aku gedik gak, tapi aku gedik kat rumah je lah.. Macam Umar cakap kat aku, "Mak Cik Gedik".. haha.. Tapi x tau la kalo aku ada tergedik kat tempat2 laen.. Kengkadang x perasan.. hehe..

p/s: dari tajuk gedik, aku dah masuk tajuk pergaulan bebas.. kalo karangan, for sure dapat kosong sebab tajuk terpesong.. haha

Friday, October 23, 2009

Selamat Berexam Semua..

Salam..

Tak lama lagi kebanyakan Mahasiswa/i kat Malaysia ni akan menghadapi peperiksaan akhir semester.. Gud luck sume.. Kejayaan adalah hak milik setiap insan.. Perbezaannya adalah sama ada kite nak atau x nak je kejayaan tu jadi milik kite.. Ni jadual exam aku kali ni:

~Teknologi DNA Rekombinan I, 26/10, Lobi Utama

~Teknologi DNA Rekombinan II, 28/10, DECTAR

~Biometri dan Rekabentuk Eksperimen, 29/10, Lobi Utama

~Kursus Pengurusan Persatuan I, 31/10, Dwn Gemilang

~Asas Pengurusan Kewangan , 2/11, Dwn Gemilang

~Biokimia, 3/11, Dwn Tun Abdullah M Salleh

~Pengurusan Pemasaran, 6/11, Dwn Tun Abdullah M Salleh

~Amali Biokimia I, 11/11, DECTAR


Semoga berjaya diucapkan dekat kwn2 rapat aku, Jihah, Ros, Ieza, Zyda( zyda peksa gak ke skrg kt US? hehe), Raja, Nana ngan Mas, kwn2 H1P4 KMNS, ex- roommates, kwn2 Biotek Pengurusan, kwn2 PERMANIS, kwn2 PSUO, kwn2 UKM, kwn2 semua lah.. hehe..

Together we strive for excellence..

p/s: Masa sekarang ni merupakan waktu yang sukar buat beberapa kawan aku.. Untuk Jihah, saya rase Jihah semakin pulih tapi saya pasti belum pulih sepenuhnye.. Takpe Jihah, memang bende ni takes time to forgive and forget.. You can find 100x better person.. Percayalah.. Untuk Ros, sorry aku x reti nak pujuk ko semalam.. hehe.. Aku ni jenis rock2, x reti pujuk org.. hee.. Aku tau ko boleh wat punye!! Mesti program ko 10x lebih sukses dari senior ko wat dulu.. Kalo x pon, x salah kan.. Ko dah cube sedaya upaya ko.. Ko fokus exam dulu eh.. Remember, every body loves u... Kalo ade pape gitau je aku..

Wednesday, October 21, 2009

PaPAdoM

Hari ni aku gi tengok Papadom.. Best gler.. Aku gelak je dari mula sampai abis.. memang kelakar nak mati.. bile sedih lak sedih sangat!.. Haha.. aku gelak sampai kuar air mata.. keluar panggung je urat pipi aku tegang sebab aku control gelak.. kena control, karang terkeluar gelak pontianak aku kang, jatuh saham lak.. haha.. Aku gi tengok dengan sape lagi kalo bukan roommate aku, Jihah.. hehe.. Aku suke sume yang berlakon dalam filem ni.. Afdlin, Liyana Jasmay, Scha, Que, Harun Salim Bachik, even Farid Kamil yang aku x pernah suke sebelum ni pon aku suke dalam filem ni.. Memang kasi 5 bintang kat filem ni.. Sinopsis die? Aku x nak gitau.. pegi tengok sendiri.. Serius anda x menyesal! Lepas kuar panggung, kitorang gi MPH, Jihah nak cari buku.. Aku kalo dah masuk MPH, x sah kalo x beli something.. haha.. Aku nak wat member card MPH la.. Camne ek? Boleh beli buku murah sket.. Tadi aku rase nak borong sume je buku-buku kat MPH.. hee.. Kat MPH gak, jumpe Mamat Khalid.. stylo gile die walopon x ensem.. haha.. Balik UKM lak naek bas 6Z yang super laju, bak kate Jihah macam naek bas dalam crite Harry Potter tu.. haha.. Kesimpulannya, tengok PAPADOM.. Best gler!!
p/s: sudah boleh study dengan tenang lepas tengok papadom.. hehe

Sunday, October 18, 2009

Diari Hujung Minggu

salam..

Hujung minggu yang lepas ni aku balik rumah dengan alang aku.. dah lebih kurang 3 minggu x balik umah... huhu.. rindu kat anak2 buah aku yang comel2 dan hensem2 belaka.. yelah sume hero.. taun depan aku dapat lagi 3 anak buah.. bulan 12 anak alang, bulan 4 anak along, bulan 5 anak angah.. huhu.. x sabanye.. harap2 dapat heroin lak.. boleh aku belikan patung Barbie ngan baju cantik2 untuk diorang.. hehe.. Tapi cuti kali ni x berapa nak duduk rumah sangat lah.. Hari sabtu gi beraya (raya lagi tu.. hee) kat umah Pak Andek kat Melaka.. tadi lak sebelum balik UKM pergi rumah cucu saudara abah aku kahwin.. Tak puas lah main ngan zaim.. zaim comel sangat!!! Umar seperti biasa asyik kene marah ngan aku sampai die cakap aku ni "pot pat pot pet".. haha

umar yang nakal

umar ensem


Umar tulis kad ucapan utk Hariz, anak buah Kelantan aku..


zaim comel gler.. tengok pipi die tu.. geram2.. rase nak cium2 je.. huhu

baru bangun tidur..

zaim tido..
zaim stylo gler.. hehe

comel!! tembam!! si bulat kesayangan mak cik.. huhu

Tuesday, October 13, 2009

Riang Ria Raya PERMANIS

Salam...

Ahad lepas, 11 Oktober, PERMANIS anjurkan program Riang Ria Raya dekat Jemaah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Ulu Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.. Kali ni, first time aku in charge jamuan.. Aku rase ni program ketiga yang aku letih yang amat sangat selepas Kembara Seri Perpatih II ngan Inspirasi.. Penat gak eh uruskan jamuan.. Baru aku faham keletihan Kak Jaz dan anak-anak buah beliau mase Kembara dulu.. Baru sehari dah rase penat gler, ni pulak sampai 6 hari mase kembara.. Hak3.. Yang kelakarnye tu, sebelum program aku selalu berurusan dengan Ayahanda Husen, pengurus jemaah kebajikan tu.. Mase on program baru dapat jumpe beliau.. Beliau sangat baik.. Yang best tu, beliau cakap beliau bace blog aku ni.. Hahaha.. Tak sangka 2.. Terima kasih ayahanda sebab banyak bantu anakanda uruskan jamuan kat sana.. Tengok je la gambar kat bawah ni.. Kebanyakannye bukan diamik oleh aku.. Terima kasih pada sume yang terlibat..=)

mase majlis perasmian

Mase beraya pon ade LDK.. huhu

sukaneka

aku suke gambar ni... huhu

before balik
serve air

muke keletihan
p/s: aku handle jamuan dgn Kak Mar, Kak Lina, Kak Anim ngan Nazree.. Thanx sume yang tolong kitorang.. really2 appreciate it.. walopon aku handle jamuan, aku makan sket gler aritu.. sate 4 batang mase mkn tghari, roti jala 2 ketul mase minum petang.. Lain kali aku nak pegang jamuan lagi r.. boleh kurus aku macam tu.. huhu