Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, April 8, 2011

Latihan Industri

Bulan 5 ni aku akan start praktikal.. Name syarikat tempat praktikal aku Invitrotech Sdn. Bhd. Memule ingat kat Masjid Tanah.. Jadi aku happy la sebab dekat dengan rumah dalam 15-20 minit camtu, pastu boleh ulang alik je dari rumah.. Tapi tadi bile follow-up balik baru dapat tau rupe-rupenye kitorang bebudak praktikal bukan buat praktikal kat masjid tanah tapi dekat MITC, Ayer Keroh, Melaka.. Sebab syarikat ni ade under Biotek Melaka, maka die ade makmal kat bangunan Biotek Melaka tu.. Jadi, kat situlah kitorang akan ditempatkan untuk praktikal.. Dan untuk pengetahuan, Ayer Keroh agak jauh dari rumah aku.. Lebih kurang sejam perjalanan.. Dan kalo nak ulang alik dari rumah memang tenat la sebab duit minyak lagi.. Memang terpakse cari rumah sewa.. Pastu lak, kalo rumah sewa, nak masuk kena ade deposit sume.. Dah la aku kemungkinan besar akan duduk sorang-sorang.. Dengan duit yuran Latihan Industri lagi kena bayar (RM420).. Mane nak carik duit? Untuk third sem, JPA x tanggung.. Tapi JPA ade elaun praktikal la.. RM300 sebulan.. Tapi elaun tu lepas abis praktikal baru dapat.. Mane aku nak carik duit sementara nak dapat duit elaun... Duit makan lagi, duit sewa rumah lagi, duit minyak keta lagi.. Duit JPA balance yang aku ade skrg pon maybe cukup untuk tanggung makan je sampai abis praktikal.. Aku rase bersalah giler nak mintak lagi kat parents aku sbb parents aku dah belikan aku keta semata-mata untuk aku praktikal.. Dah la parents aku dah tak kerja lagi.. Aku tak suka nak susahkan orang lain, especially parents aku... Aku rase serba salah giler sekarang ni..

Aku rase nak buat online business la, nak carik duit tambahan sendiri.. Tapi nak meniaga ape? Modal pon takde.. Nak mintak pendapatla, boleh percaya ke online working ek? Macam isi survey dpt duit, tak pon tolong company key in data ke... boleh caya x ek? Takut kena tipu lak nanti.. Aku betol-betol perlukan duit tambahan..

Friday, October 22, 2010

Surat cinta Umar

Assalamualaikum!

Anak buah sulung aku, Umar skrg dh umur 6 tahun, skrg tadika.. Taun depan masuk darjah satu.. Satu hari ni, mak aku jumpe satu surat yg diselitkan kat kerusi depan kete abah aku.. Surat kat bawah ni.. huhu

Advance sungguh budak zaman skrg.. tadika tu.. haha.. Tapi nak wat camne kan, anak buah aku memang ensem bangat.. Cube tengok gambar kat bawah ni, ni lah umar..

Ensem tak? haha

p/s: mak cik die pon x pernah dapat surat cinta lagi.. anak buah dah dapat dulu.. hahaha

Tuesday, April 20, 2010

My Children..

Dah lama aku tak update pasal anak-anak aku kan.. Anak aku dah lima dah sekarang.. Aku baru 21, dah ade 5 orang anak.. haha.. Ni lah gambar terbaru anak-anak aku.. Comel-comel belaka.. Macam aku jugak.. =)

Ni yang first.. Nama die Umar.. Dah umur 6 tahun.. Dah tadika dah.. Baru je dapat adik.. Ni gambar terbaru die lepas bergelar abang.. huhu.. 6 tahun jadi anak tunggal.. Umar ni sangat bijak tapi sangat nakal.. Tapi kengkadang die adorable jugak.. Selalu merajuk dengan aku sebab aku selalu gaduh dengan die.. huhu.. Bukan pe.. Seronok menyakat budak kecik ni.. Ni anak yang paling rapat dengan aku.. Budak ni mase kecik, teramatlah comelnye.. Tapi aku tak de gambar die mase kecik.. Merupakan cucu sulung 2 family.. Jadi tau-tau je la kan betapa manjenye budak ni.. Sangat lasak dan nakal tapi Umar takut tinggi.. Jeriji pintu dekat rumah aku tu die berani panjat 3 petak je.. Haha.. Merupakan abang kesayangan adik-adiknya.. Dah besar nanti mesti hensem Umar ni.. huhu

Ni pulak yang anak aku no. 2.. Nama dia Hariz Zakwan.. Panggil Hariz.. Ni gambar latest die yang aku ade.. Hariz tak berapa nak rapat dengan aku sebab dia duduk Kelantan, jarang balik rumah.. Dalam setahun berapa kali je jumpe die.. Hariz ni yang paling lasak dan paling berani antara semua anak-anak aku.. Sume benda dia berani panjat.. tembok kat rumah aku pon die berani panjat.. Mase kecik2 kuat nanges.. huhu.. Dah besar, suka babab (pukul) busu die.. haha.. Tapi aku suka dengar Hariz panggil aku.. Lemak merdu je suara dia.. Rindu dekat Hariz.. huhu.. Hariz ni pon dah besar mesti hensem punye..
Ni pulak anak ke-3 aku.. Budak pendek bermata bulat dan berpipi tembam, Ahmad Zaim Bukhary.. Panggil die Zaim.. Zaim ni pon sangatlah comel.. Bila jalan terkedek-kedek je.. Kamcing dengan Umar.. huhu.. Zaim ni jugak senang mesra, sayang baby.. Padahal dia pon dalam kategori baby lagi.. haha.. Budak ni kalau dapat kat aku memang habis pipi die kena cium-cium dengan aku.. huhu.. Cayang Jaim.. Jaim ni pon bile dah besar mesti hensem jugak.. hee

Ni pulak anak ke-4 aku merangkap anak perempuan sulung aku, Hanna Sofea.. Best kan nama die.. huhu.. Aku baru sekali pernah jumpa Hanna.. Hanna ni adik kepada Hariz.. Mesti dah laen dah muka dia sekarang.. hee.. Bilalah aku dapat jumpa Hanna lagi eh.. Hanna ni masa die balik umah aku dulu, baik je dia.. Senyap je.. Susah nak dengar dia nanges.. Dah besar pon mesti Hanna ni cantik secantik nama dia kan..

Ni pulak anak bongsu aku setakat ni, Uzma.. Uzma adik kepada Umar.. Sangat comel kan dia.. Uzma baru je lahir hari Jumaat aritu.. Tapi Uzma tak keluar wad lagi sebab dia disyaki G6DP Deficient.. Harap Uzma tak apa-apa dan membesar dengan sihat.. Amin..

Aku sayang anak-anak aku suma sekali.. huhu.. Sape yang tak pernah bukak blog ni, insan-insan comel ni bukan anak sebenar aku, tapi anak-anak buah aku.. Anak kepada abang-abang aku.. Tapi aku sayang diorang macam aku sayang anak aku sendiri.. Mak Cik sayang sume!! Muah3!!

p/s: Mak aku slalu ckp kat aku mcm ni; "Kak, pergi buat susu anak".. hahaha

Monday, April 19, 2010

G6PD Deficiency

G6PD deficiency is an inherited condition in which the body doesn't have enough of the enzyme glucose-6-phosphate dehydrogenase, or G6PD, which helps red blood cells (RBCs) function normally. This deficiency can cause hemolytic anemia, usually after exposure to certain medications, foods, or even infections.

Most people with G6PD deficiency don't have any symptoms, while others develop symptoms of anemia only after RBCs have been destroyed, a condition called hemolysis. In these cases, the symptoms disappear once the cause, or trigger, is removed. In rare cases, G6PD deficiency leads to chronic anemia.

With the right precautions, a child with G6PD deficiency can lead a healthy and active life.

About G6PD Deficiency

G6PD is one of many enzymes that help the body process carbohydrates and turn them into energy. G6PD also protects red blood cells from potentially harmful byproducts that can accumulate when a person takes certain medications or when the body is fighting an infection.

In people with G6PD deficiency, either the RBCs do not make enough G6PD or what is produced cannot properly function. Without enough G6PD to protect them, RBCs can be damaged or destroyed. Hemolytic anemia occurs when the bone marrow (the soft, spongy part of the bone that produces new blood cells) cannot compensate for this destruction by increasing its production of RBCs.

Causes of G6PD Deficiency

G6PD deficiency is passed along in genes from one or both parents to a child. The gene responsible for this deficiency is on the X chromosome.

G6PD deficiency is most common in African-American males. Many African-American females are carriers of G6PD deficiency, meaning they can pass the gene for the deficiency to their children but do not have symptoms; only a few are actually affected by G6PD deficiency.

People of Mediterranean heritage, including Italians, Greeks, Arabs, and Sephardic Jews, also are commonly affected. The severity of G6PD deficiency varies among these groups — it tends to be milder in African-Americans and more severe in people of Mediterranean descent.

Why does G6PD deficiency occur more often in certain groups of people? It is known that Africa and the Mediterranean basin are high-risk areas for the infectious disease malaria. Researchers have found evidence that the parasite that causes this disease does not survive well in G6PD-deficient cells. So they believe that the deficiency may have developed as a protection against malaria.

G6PD Deficiency Symptom Triggers

Kids with G6PD deficiency typically do not show any symptoms of the disorder until their red blood cells are exposed to certain triggers, which can be:

  • illness, such as bacterial and viral infections
  • certain painkillers and fever-reducing drugs
  • certain antibiotics (especially those that have "sulf" in their names)
  • certain antimalarial drugs (especially those that have "quine" in their names)

Some kids with G6PD deficiency can tolerate the medications in small amounts; others cannot take them at all. Check with your doctor for more specific instructions, as well as a complete list of medications that could pose a problem for a child with G6PD deficiency.

Other substances can be harmful to kids with this condition when consumed — or even touched — such as fava beans and naphthalene (a chemical found in mothballs and moth crystals). Mothballs can be particularly harmful if a child accidentally swallows one, so ANY contact should be avoided.

Symptoms of G6PD Deficiency

A child with G6PD deficiency who is exposed to a medication or infection that triggers the destruction of RBCs may have no symptoms at all. In more serious cases, a child may exhibit symptoms of anemia (also known as a hemolytic crisis), including:

  • paleness (in darker-skinned children paleness is sometimes best seen in the mouth, especially on the lips or tongue)
  • extreme tiredness
  • rapid heartbeat
  • rapid breathing or shortness of breath
  • jaundice, or yellowing of the skin and eyes, particularly in newborns
  • an enlarged spleen
  • dark, tea-colored urine

Once the trigger is removed or resolved, the symptoms of G6PD deficiency usually disappear fairly quickly, typically within a few weeks.

If symptoms are mild, no medical treatment is usually needed. As the body naturally makes new red blood cells, the anemia will improve. If symptoms are more severe, a child may need to be hospitalized for supportive medical care.

Diagnosing and Treating G6PD Deficiency

In most cases, cases of G6PD deficiency go undiagnosed until a child develops symptoms. If doctors suspect G6PD deficiency, blood tests usually are done to confirm the diagnosis and to rule out other possible causes of the anemia.

If you feel that your child may be at risk because of either a family history or your ethnic background, talk to your doctor about performing a screening with blood tests to check for G6PD deficiency.

Treating the symptoms associated with G6PD deficiency is usually as simple as removing the trigger — that is, treating the illness or infection or stopping the use of a certain drug. However, a child with severe anemia may require treatment in the hospital to receive oxygen, fluids, and, if needed, a transfusion of healthy blood cells. In rare cases, the deficiency can lead to other more serious health problems.

Caring for Your Child

The best way to care for a child with G6PD deficiency is to limit exposure to the triggers of its symptoms. With the proper precautions, G6PD deficiency should not keep your child from living a healthy, active life.

P/s: Doktor ckp Baby Uzma ade G6PD Deficiency.. Harap2 G6PD Deficiency yg Uzma ade tak serius.. Papepon memang kena jaga Uzma betol-betol.. Mak cik harap Uzma membesar dengan sihat.. Amin..

p/s/s: artikel ni aku amik dari http://kidshealth.org/parent/general/aches/g6pd.html#.

Sunday, February 21, 2010

Sedih..

Dah berhabuk dah blog aku ni.. Lama gler tak update kot.. Memang cipta sejarah.. Selalu walau sesibuk mane pon, seminggu sekali mesti update punye.. Tapi nak wat camne.. Sangat sibok dengan program Kembara Ilmu Negeri Sembilan.. Kali ni aku jadi bendahari.. Memang penat tapi semangat sebab ni program terakhir PERMANIS 09/10.. Mengorbankan masa cuti raya cina aku dari 17 sampai 21 Februari.. Memang best.. Tapi kali ni aku x jadi fasilitator.. Papepon terima kasih kat semua fasilitator dengan urusetia atas kerjasama yang best..

Aku tak pasti ni program terakhir aku dengan PERMANIS atau tak.. Memang PERMANIS dah jadi macam family aku sendiri kat UKM.. Aku rase masa dua program terakhir, Suknes@U dengan Kembara Ilmu ni lah aku rasa sangat-sangat rapat dengan PERMANIS.. Tahun depan dah takde dah senior-senior yang aku dah anggap macam kakak-kakak dan abang-abang sendiri.. Terima kasih Kak Key, Kak Mar, Kak Eyjaz, Kak Qilah, Kak Timah, Kak Husna, Kak lina, Kak Yui, Kak Anim, Kak Hanis, Kak Piqa, Kak Hana, Kak Wani, Kak Syafi, Kak Fatin, Aen, Mas, Nab, Wan, Hafiz, Hazlie, Anip, Mus, Hamid, Khidir, Nazree, Razin dan Nuar.. Terima kasih bebanyak.. Untuk sesi depan, den nak pencen and jadi mantan PERMANIS je.. huhu.. Untuk barisan kepimpinan baru, kalo ade program tu, panggil-panggillah.. InsyaAllah den tolong..

Tapi tetiba, lepas balik Kembara Ilmu ni, bile sampai kat bilik aku kat Ungku Omar tu, tetiba aku rasa rindu sangat kat family aku.. Aku nak balik... Kalau ikutkan hati rase nak balik sekarang jugak.. T-T.. Akak nak balik... Minggu depan pon x dapat balik jugak sebab ade program under kokurikulum pulak.. Dah lama aku tak rase camni.. Rase homesick yang giler-giler homesick.. Rasenye, last rase camni mase kat Matriks kot.. Nape ngan aku ni?? Mak, Akak nak balik!!!!

p/s: untuk cerita Kembara Ilmu, laen kali la eh.. nak wat assignment.. Banyak gler!! Tak sentuh pape pon lagi..

Monday, November 30, 2009

Dulu Dan Sekarang..

DULUGambar ni mase raya kat umah nenek aku.. sume kecik2 je lagi mase ni.. Boleh muat satu van pegi memane..

SEKARANG Sume dah besar-besar.. Along, Angah, Alang sume dah kahwin ngan ade ank sorang.. tahun depan, anak along ngan alang dah masuk dua orang dah..

DULU

Aku ngan Eju mase kecik dengan fesyen tudung zaman dedulu.. haha.. Lagi satu, mase ni aku lagi tinggi dari adik aku.. huhu.. Tapi mase ni sume orang ingat kitorang kembar..

SEKARANG Sekarang muke dah berbeza.. hehe.. Eju pon lagi tinggi dari aku.. And Eju kurus, aku gemuk..

DULU
Ni zaman-zaman free hair aku.. haha.. Tapi dah edit gambar tu jadi macam tudung.. Muke aku memang masam dari kecik eh.. Sekarang ni, ramai salah anggap aku sombong sebab muke aku masam sangat.. haha


SEKARANG

Ni sume gambar-gambar gedik and vain mase aku first year.. Dah besau dah aku rupenye.. haha

p/s: masih terasa diri macam budak kecik mase kat umah..

Sunday, November 15, 2009

Cuti.Holiday


"Mak Cik Buchuk..".. haha.. comel gler zaim masa ni.. muah3

Perancangan cuti akhir semester aku:

11/11-16/11~~~duduk rumah,rehat,serehat-rehatnye.. huhu.. main ngan anak buah.. zaim yang sangat comel dan umar yang sangat nakal

17/11-22/11~~~pergi duduk kat rumah Alang kat rawang.. hari sabtu minggu tu lak amik dak eju kat kolej die

22/11-25/11~~~perkampungan PERMANIS utk Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan..

26/11-30/11~~~cuti raya haji sat..

1/12-13/12~~~ sambung perkampungan lagi.. haisyh..

14/12-17/12~~~ Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan

17/12-20/12~~~balik rumah, packing2 barang..

20/12~~~~ Balik UKM balik.. uwaaa!!

p/s: mengorbankan cuti demi PERMANIS.. POMANIH totap di hati.. isk.. isk.. haha

Saturday, October 31, 2009

Picnic At Tasik Kejut

Salam..

Dah lame gler x update ini blog.. Dah dekat seminggu.. Sebabnya sekarang ni tengah concentrate kat final exam (concentrate la sangat kan.. hanya aku dan roommate yg tau.. haha).. Alhamdulillah, dah abis 4 daripada lapan paper.. Paper Teknologi DNA Rekombinan I (TDR I) boleh tahan la.. boleh jawab tapi ade sket yg aku tulis dua tiga ayat je sebab x cukup masa.. Paper TDR II pon boleh tahan.. Biometri lak susah, dah la 4 unit.. haisyh.. Ko-k lak, ok kot.. tak tau la sebab final die 30% je.. Tinggal lagi 4 paper yang tinggal dan sumenye killer paper.. X saba nak abis exam.. Tadi, Mak, Abah ngan Umar datang melawat aku kat sini.. Sebabnye ade surat JPA datang pastu kena ade tanda tangan aku.. huhu.. tu yang datang tu.. Umar dah kurus.. sebab rambut die dah pendek kot.. Kitorang makan kat Tasik Kejut.. huhu.. ingatkan kitorang je yang datang piknik kat situ, rupe-rupenye ade family lain gak.. Mak bawak makanan yang sangat banyak n sumenye datang dari Cameron Highland (mentang-mentang baru balik melawat Cameron).. huhu.. Sedap gler mak masak.. Ade sambal petai Cameron, masak lemak rebung Cameron, salad goreng Cameron, rendang ayam, ayam goreng, agar-agar strawberi, air strawberi and macam-macam lagi.. memang kenyang gler.. huhu.. Eju jangan jealous.. Terima kasih mak, masak banyak-banyak bawak kat Akak..=)
aku ngan Umar..

Aku ngan Umar lagi..

tengah makan.. bestnye..

umar yang tangkap gambar ni..
umar dah besar..

Umar tangkap gambar aku pulak..

souvenir dari Cameron.. bantal strawberi yang comel.. huhu

Sunday, October 18, 2009

Diari Hujung Minggu

salam..

Hujung minggu yang lepas ni aku balik rumah dengan alang aku.. dah lebih kurang 3 minggu x balik umah... huhu.. rindu kat anak2 buah aku yang comel2 dan hensem2 belaka.. yelah sume hero.. taun depan aku dapat lagi 3 anak buah.. bulan 12 anak alang, bulan 4 anak along, bulan 5 anak angah.. huhu.. x sabanye.. harap2 dapat heroin lak.. boleh aku belikan patung Barbie ngan baju cantik2 untuk diorang.. hehe.. Tapi cuti kali ni x berapa nak duduk rumah sangat lah.. Hari sabtu gi beraya (raya lagi tu.. hee) kat umah Pak Andek kat Melaka.. tadi lak sebelum balik UKM pergi rumah cucu saudara abah aku kahwin.. Tak puas lah main ngan zaim.. zaim comel sangat!!! Umar seperti biasa asyik kene marah ngan aku sampai die cakap aku ni "pot pat pot pet".. haha

umar yang nakal

umar ensem


Umar tulis kad ucapan utk Hariz, anak buah Kelantan aku..


zaim comel gler.. tengok pipi die tu.. geram2.. rase nak cium2 je.. huhu

baru bangun tidur..

zaim tido..
zaim stylo gler.. hehe

comel!! tembam!! si bulat kesayangan mak cik.. huhu

Sunday, September 27, 2009

Memori Aidilfitri 2009

Cuti raye taun ni dapatlah cuti sampai raya ke 8.. Taun ni x berapa nak meriah sangat sebab along ngan alang beraya kat rumah mentua.. Taun ni jugak kutipan duit raya kurang memberansangkan.. Dapatlah RM370 dari abang-abang, mak ngan abah.. X lepas pon nak ganti balik duit laptop aku rosak aritu.. Tapi alhamdulillah.. Ade gak dapat duit raya.. Taun ni gak x beraya jauh sangat.. paling jauh pon kat seremban.. Kenapa cara aku tulis macam laporan berita ni? huhu.. Tapi seronok gak sebab dapt luangkan masa dengan family tercinta.. Kat bawah ni antara gambar-gambar raya taun ni.. first time beraya dengan kamera sendiri, jadi sume benda nak tangkap gambar..=)
dua jenis ketupat yang aku tau anyam.. yang kecik tu ketupat bawang.. yang besar tu ketupat sintok.. Aku tau wat ketupat sate gak.. tapi ape class reti anyam ketupat sate je??

Semua ketupat yang aku anyam.. penat seyh..

Zaim mengacau atuknye menganyam ketupat.. budak ni sangat kiut miut..


kek coklat aku yang huduh.. huhu.. bak kate Angah aku, " Ape x senonoh benar rupe kek akak tu? Macam dodol..".. cis!! haha.. Aku memang x reti sangat wat kek ni.. aku reti masak lauk pauk je..

kek kedua aku.. kali ni jadi la gak.. tapi x wat dienye topping..

Aku berposing ngan zaim.. nampak macam ank aku la plak.. hehe

"apasal tudung Mak Cik laen macam?" tanye zaim kat aku.. huhu

gambar gedik di pagi raye.. sebenarnye nak pakai tudung laen yang warne same ngan baju tapi asyik x jadi.. last2 sarung je tudung ni.. lantak r.. x matching pon x matching la..
ni gambar adik aku ngan zaim lak..


my little cousins.. hehe..belakang tudung itam tu nenek aku..

abah aku ngan zaim..

mak aku ngan zaim..

"e'eh.. ade orang tangkap gambar kite la.." hehe


zaim lagi.. comellll... tapi pantang dengar orang bersin atau batuk, mesti die nangis.. die ingat orang marah kat die.. aritu aku gelak tengok crite kat tv pon die nanges gak.. gelak aku kat rumah sangat berbeza dgn gelak aku kat tempat laen ye.. hehe..


mak ngan abah.. aku ade belikan abah aku baju melayu warne biru muda.. beliau x pakai pon sebab x berkenan.. haha


alolo.. comelnye.. hehe.. mak ngan abah posing manje... hehe


tangan zaim ngan tangan eju

anak-anak buah aku yang comel.. umar ngan zaim..

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..


Kad hari raya huduh yang diedit sendiri di atas ditujukan kepada semua pengunjung blog ni serta insan-insan yang mengenali Hazieyati binti Jamil.. Maaf jika ade tingkah laku, tutur kata, penulisan yang mengguris hati sesiapa.. Sesungguhnya saya insan lemah yang tidak lari dari melakukan kesilapan..

Ade persepsi mengatakan hari raya semakin x meriah semakin kita meningkat dewasa.. Memang x dapat dinafikan.. huhu.. Tapi bile umur meningkat, hari raya membawa erti yang labih mendalam sebenarnya, bukan sekadar hari makan best2 dan hari mengumpul duit raya.. Tapi memang golongan paling gembira yang sambut hari raya ni, adalah golongan kanak-kanak. Antara peristiwa-peristiwa hari raya zaman kanak-kanak yang x dapat aku lupekan sampai sekarang ialah:

~Rumah nenek aku dekat je.. Jalan kaki boleh sampai.. Jadi x de istilah balik kampung dalam keluarga kitorang.. Aku ngan adik aku pernah tidur rumah nenek aku sebab nenek aku nak kacau dodol.. seronok gler.. semua sepupu sepapat berkumpul kacau dodol kat rumah nenek.. sambil tunggu dodol siap tu, aku ngan adik, tolong mak sedara aku buat kuih siput.. memang meriah.. Dodol cair memang sangat best.. sampai terbuka puasa sebab x tahan tengok dodol cair.. haha.. x pe2.. aku kecik lagi mase tu... tapi sekarang nenek dah x wat mengacau dodol dah sebab x de orang yang rajin nak mengacau..

~Masa kecik-kecik, abah aku selalu bawak family kitorang jalan-jalan makan angin masa hari raya kedua atau ketiga.. selalunya, abah akan bawak kitorang gi Melaka.. Sekali je, abah bawak kitorang gi KL.. Sebab tu aku obses gile dengan Melaka.. Dari kecik aku didedahkan dgn Melaka, sampai sekarang aku suka pergi Melaka..

~Aku sangat suke hari raya sebab bile hari raya je lah, aku dapat tengok abah aku kat rumah masa pagi.. selalunya pagi-pagi abah pergi berniaga kat pasar.. Abah cuti berniaga setahun sekali je iaitu mase hari raya.. Tapi sekarang abah aku dah pencen, die duduk umah je lah..

~Aku selalu dikerah tolong jaga pasar masa seminggu sebelum raya tu.. sebab time ni lah memang ramai gler kat pasar.. memang penat gak tapi seronok gak sebab boleh usya orang-orang ensem yang datang pasar.. haha.. MasyaAllah.. bukan nak jaga mata mase bulan puasa.. hehe

~Aku jarang merayau carik duit raya sebab aku jenis budak baik yang x merayau.. huhu.. Tapi satu hari ni, abah benarkan aku kuar jalan raya dengan kawan-kawan aku.. seronok gler..

~Aku pernah tinggal sorang-sorang kat rumah sebab aku malas nak mengikut family aku beraya.. Aku tutup sume tingkap, pintu dan langsir sebab takut ade orang datang beraya.. haha.. jahat gler..

~Aku sangat suke main bunga api masa raya.. Tapi mercun aku sangat takut.. satu-satunye mercun yang aku berani main ialah mercun pop-pop.. huhu

~Aku sangat suke part bermaaf-maafan pagi raya.. Selalunye aku x tau nak cakap ape mase salam.. Yang x tahan tu, adik aku siap wat dialog n hafal.. masa pagi raya tu dia cakaplah dialog yang die hafal tu dengan penuh perasaan.. haha.. sengal sungguh..

P/s: x sabar nak tengok zaim pakai baju melayu n songkok.. mesti comel gler.. budak tu sangat comel..=)

Sunday, August 23, 2009

Ramadan Al-Mubarak

Sempena ketibaan bulan yang mulia ni, saya nak ucapkan,

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.. SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BERMAKNA BERBANDING SEBELUMNYA"
Bila tiba bulan puasa ni, aku teringat satu peristiwa yang aku takkan lupa sampai bile2.. Sebelum ni, mak ngan abah aku berniaga jual sayur kat Pasar Pasir Panjang. Selalu bulan puasa, alhamdulillah memang ramai orang.. Aku masa tu form 5, cuti awal ramadan, aku tolong kat pasar bawak Umar sekali.. Umar masa tu umur 2 tahun.. Umar, kalo dah sampai pasar, mesti nak jajan punye.. huhu.. Die merengek-rengek kat aku cakap nak keropok.. Mak aku pon suruhlah aku belikan untuk Umar.. Selalunye kalo aku suapkan makanan kat Umar, aku akan suap kat aku sekali.. haha.. Aku dengan selambanya bukakkan plastik keropok Umar tu pastu terus amik dua ketul keropok sumbat kat mulut aku depan orang ramai.. Aku giler lupe yang haritu bulan puasa.. Tetibe aku rase laen macam je.. Baru aku teringat yang haritu bulan puasa.. Malu gler aku.. Ade mak cik ni pandang aku dengan muke pelik.. Argh tidak!! Jatuh saham aku.. haha
p/s: kalo terlupa x pe, jangan buat-buat lupe ye... =p

Friday, July 31, 2009

Missing him so much..

Tajuk kontroversi je.. hahaha.. Bagi yg slalu bace blog ni (mcm ade je...haha), mesti dah muak dengan entri pasal ank buah aku.. Yelah, sape lagi aku nak rindu-rinduan, kalo bukan family ngn anak buah aku.. huhu.. Aku sayang anak-anak buah aku macam aku sayang anak aku sendiri.. Ni, anak buah aku yang nombor 3.. Ahmad Zaim Bukhary bin Hanafi.. Baru-baru ni, die menang tempat ketiga Pertandingan Baby Comel Billion.. Zaim sangat baek.. jarang menangis lepas tu kuat gelak terkekek-kekek... haha.. Sangat rindu nak dengar die gelak.. sekarang ni zaim dah umur 8 bulan.. Mak cakap die dah pandai merangkak dan pandai 'byebye' kat orang.. Kalo kite menyanyi, die akan ikut kite nyanyi sekali.. rindunye zaim.. Dah sebulan aku x nampak die.. Mak, akak nak blik umah!!
mase ni, zaim baru pandai meniarap..

budak debab dan bulat.. tengok tangan die.. berketak-ketak

zaim hip hop.. huhu

zaim mase umur 3 bulan..

zaim mase 7 bulan.. mate die cantik kan? huhu
p/s: rindu jgk kat dua lg anak buah aku... umar ngan hariz..