
Kad hari raya huduh yang diedit sendiri di atas ditujukan kepada semua pengunjung blog ni serta insan-insan yang mengenali Hazieyati binti Jamil.. Maaf jika ade tingkah laku, tutur kata, penulisan yang mengguris hati sesiapa.. Sesungguhnya saya insan lemah yang tidak lari dari melakukan kesilapan..
Ade persepsi mengatakan hari raya semakin x meriah semakin kita meningkat dewasa.. Memang x dapat dinafikan.. huhu.. Tapi bile umur meningkat, hari raya membawa erti yang labih mendalam sebenarnya, bukan sekadar hari makan best2 dan hari mengumpul duit raya.. Tapi memang golongan paling gembira yang sambut hari raya ni, adalah golongan kanak-kanak. Antara peristiwa-peristiwa hari raya zaman kanak-kanak yang x dapat aku lupekan sampai sekarang ialah:
~Rumah nenek aku dekat je.. Jalan kaki boleh sampai.. Jadi x de istilah balik kampung dalam keluarga kitorang.. Aku ngan adik aku pernah tidur rumah nenek aku sebab nenek aku nak kacau dodol.. seronok gler.. semua sepupu sepapat berkumpul kacau dodol kat rumah nenek.. sambil tunggu dodol siap tu, aku ngan adik, tolong mak sedara aku buat kuih siput.. memang meriah.. Dodol cair memang sangat best.. sampai terbuka puasa sebab x tahan tengok dodol cair.. haha.. x pe2.. aku kecik lagi mase tu... tapi sekarang nenek dah x wat mengacau dodol dah sebab x de orang yang rajin nak mengacau..
~Masa kecik-kecik, abah aku selalu bawak family kitorang jalan-jalan makan angin masa hari raya kedua atau ketiga.. selalunya, abah akan bawak kitorang gi Melaka.. Sekali je, abah bawak kitorang gi KL.. Sebab tu aku obses gile dengan Melaka.. Dari kecik aku didedahkan dgn Melaka, sampai sekarang aku suka pergi Melaka..
~Aku sangat suke hari raya sebab bile hari raya je lah, aku dapat tengok abah aku kat rumah masa pagi.. selalunya pagi-pagi abah pergi berniaga kat pasar.. Abah cuti berniaga setahun sekali je iaitu mase hari raya.. Tapi sekarang abah aku dah pencen, die duduk umah je lah..
~Aku selalu dikerah tolong jaga pasar masa seminggu sebelum raya tu.. sebab time ni lah memang ramai gler kat pasar.. memang penat gak tapi seronok gak sebab boleh usya orang-orang ensem yang datang pasar.. haha.. MasyaAllah.. bukan nak jaga mata mase bulan puasa.. hehe
~Aku jarang merayau carik duit raya sebab aku jenis budak baik yang x merayau.. huhu.. Tapi satu hari ni, abah benarkan aku kuar jalan raya dengan kawan-kawan aku.. seronok gler..
~Aku pernah tinggal sorang-sorang kat rumah sebab aku malas nak mengikut family aku beraya.. Aku tutup sume tingkap, pintu dan langsir sebab takut ade orang datang beraya.. haha.. jahat gler..
~Aku sangat suke main bunga api masa raya.. Tapi mercun aku sangat takut.. satu-satunye mercun yang aku berani main ialah mercun pop-pop.. huhu
~Aku sangat suke part bermaaf-maafan pagi raya.. Selalunye aku x tau nak cakap ape mase salam.. Yang x tahan tu, adik aku siap wat dialog n hafal.. masa pagi raya tu dia cakaplah dialog yang die hafal tu dengan penuh perasaan.. haha.. sengal sungguh..
P/s: x sabar nak tengok zaim pakai baju melayu n songkok.. mesti comel gler.. budak tu sangat comel..=)