Thursday, May 27, 2010

Demonstrasi

Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika ini telah mendatangkan
beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranya ialah bangkitnya
semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yang meluap-luap di kalangan
umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia.
Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau kata-kata kaum Yahudi dan Barat
yang nampak seperti menindas, menghina atau merugikan umat Islam akan
ditentang dan dikecam.

Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa
umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam
itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami
akan maksud ayat:

Maksudnya: "Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu
kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup
mereka."(surah Al-Baqarah: 120)

Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telah
mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada
dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam
berdemonstrasi dan menunjuk-nunjuk perasaan. Silap saja langkah dan
cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan
sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara
mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula
dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.

Bukan sedikit umat Islam yang keluar berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan seperti ini. Bukan setakat puluhan, bukan setakat ratusan
tetapi menjangkau ribuan dan puluhan ribu. Bukan sahaja yang muda, malah
yang tua pun ikut sama. Bukan sahaja yang lelaki, yang perempuan pun
tidak mahu ketinggalan. Kadang-kadang demonstrasi ini dibuat setempat.
Kadang-kadang berarak ke hulu ke hilir. Kadang-kadang berusuh-rusuh dan
berbaling-baling batu.

Apa yang para `demonstrasi' ini telah lupa ialah, demonstrasi
dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi
adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam
bentuk yang macam itu. Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita
marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang
mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini. Apa
yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan
takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza
dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.

Cuba bayangkan berapa banyak masa dan tenaga umat Islam telah terbuang
dengan sia-sia untuk berdemonstrasi. Kalau 10,000 umat Islam
berdemonstrasi selama lima jam maka sudah 50,000 jam usaha manusia (man
hours) terbuang yang sepatutnya boleh menyiapkan 10,000 meter jalan raya
dua hala. Itu sudah 10 kilometer. Cuba kaitkan pula dengan usaha-usaha
untuk membangunkan dan menguatkan Islam secara zahir dan batin. Berapa
banyak yang boleh kita buat dan kita capai dengan tenaga dan masa
sebanyak itu. Alangkah ruginya kerana semua itu telah dihalakan kepada
demonstrasi yang tidak pernah mendatangkan apa-apa kebaikan kepada umat
Islam atau perjuangan Islam, dan tidak pernah pula merugikan atau
menggugat musuh.

Bukan tenaga dan masa sahaja yang telah disia-siakan. Cuba kirakan
belanja dan kos berdemonstrasi. Kalau setiap orang yang berdemonstrasi
perlu belanja untuk minyak, tambang dan makan minum sebanyak lima
ringgit seorang, maka RM50,000 telah lesap begitu sahaja. Ini belum
masuk belanja buat sepanduk dan lain-lain. Berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan ini hakikatnya ialah mempamerkan kelemahan diri. Menunjuk
perasaan ialah amalan dan jalan keluar bagi pihak yang lemah kerana
tidak mampu atau tidak berani menempuh jalan keluar yang lain yang lebih
drastik atau yang lebih mencabar. Itu sebabnya isteri akan tunjuk
perasaan kepada suami dengan merajuk. Anak akan tunjuk perasaan kepada
ayah dengan membuat kerenah. Murid akan tunjuk perasaan kepada guru
dengan ponteng kelas. Mereka tidak ada kuasa. Oleh itu mereka terpaksa
bertindak secara pasif untuk menarik perhatian. Kita tidak pernah dengar
suami tunjuk perasaan pada isteri atau ayah tunjuk perasaan pada anak
ataupun guru tunjuk perasaan pada murid.

Tunjuk perasaan pula hanya akan ada kesannya kalau dihalakan kepada
pihak yang bertanggungjawab dan yang ada pertalian kasih sayang dengan
kita. Itu sebabnya lojik bagi isteri menunjuk perasaan kepada suami,
anak tunjuk perasaan kepada ayah atau murid menunjuk perasaan kepada
guru. Seperti kata orang tua-tua, "Merajuk pada yang kasih."
Kalau rakyat menunjuk perasaan kepada kerajaannya sendiri, ini masih
boleh diterima terutama kalau kerajaan tersebut berjiwa rakyat dan
bertanggungjawab. Kesannya mungkin positif. Tetapi menunjuk perasaan
kepada musuh adalah terkeluar dari batas perbuatan yang waras.

Apa bijaknya menunjuk perasaan dan menyatakan perasaan tidak puas hati
kita kepada musuh yang memang kerjanya pagi petang, siang dan malam
ialah berazam dan mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkan
kita? Apakah musuh akan ambil peduli dan akan memberhentikan usahanya?
Tentu tidak! Sekali-kali tidak! Musuh akan bertambah terangsang kalau
kita tunjuk perasaan kerana dia tahu jeratnya sudah mengena dan
tindakannya sudah tepat. Mangsanya sedang menggelupur kesakitan. Dia
akan tersenyum sinis dan akan melipatgandakan lagi usahanya.

Islam tidak suruh berdemonstrasi atau menunjuk-nunjuk perasaan kepada
musuh. Islam suruh berstrategi dan bermuslihat. Di kala lemah, Islam
suruh kita ambil sikap evasion dan consolidation. Di kala kuat, ambil
sikap "Aslim taslam" – Islamlah, kamu untuk selamat.

Seperkara lagi yang harus kita faham, Islam tidak bermusuh dengan Yahudi
semata-mata kerana ianya Yahudi. Islam tidak bermusuh dengan Nasrani
semata-mata kerana ianya Nasrani. Kita tidak bermusuh dengan individu
orang Yahudi atau individu orang Amerika atau individu orang Eropah. Apa
yang kita musuhi ialah sifat-sifat yang ada pada Yahudi dan Nasrani itu
dan apa yang mereka perjuangkan sebagai satu bangsa dan entiti. Kita
musuhi iktiqad dan cara hidup mereka yang hendak mereka paksa ke atas
kita.

Kita musuhi nilai mereka. Kita musuhi ideologi mereka. Kita musuhi
pemikiran mereka. Kita musuhi budaya mereka. Kita musuhi akhlak mereka
dan kita musuhi sekularisme dan sistem-sistem hidup mereka yang mana
semuanya itu tersimpang jauh dari jalan yang hak dan yang diredhai
Allah. Yang mana semuanya itu akan membawa manusia kepada kesengsaraan
di dunia dan di akhirat. Kita juga akan memusuhi siapa sahaja yang
mempunyai sifat-sifat yang sama dan yang memperjuangkan perkara-perkara
yang sama walaupun mereka bukan Yahudi atau Nasrani.

Kalau sifat-sifat Yahudi dan Nasrani itu ada pada diri kita maka lebih
layaklah kita memerangi diri kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai
orang Islam yang memperjuangkan ideologi musuh. Berapa ramai orang Islam
yang membawa aliran fikiran dan falsafah musuh. Berapa ramai orang Islam
yang mengamalkan budaya musuh. Berapa ramai orang Islam yang berakhlak
dengan akhlak musuh. Berapa ramai orang Islam yang cara hidupnya sama
seperti cara hidup musuh, dan berapa ramai orang Islam yang
memperjuangkan Islam dengan meniru kaedah perjuangan musuh.

Ini yang harus kita fikirkan bersama. Tidak ada makna kita berjaya
menumpaskan musuh kalau kita pula akan mewarisi sifat-sifat dan cara
hidup mereka. Sifat-sifat yang batil itulah sebenarnya musuh kita dan
musuh Islam, bukan sangatYahudi dan Nasraninya. Sifat-sifat itulah yang
hendak kita banteras, dan kita akan tentang siapa sahaja yang mendukung
dan melagang sifat-sifat tersebut, hatta diri kita sendiri. Tuhan cipta
manusia berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal mengenal di antara
satu sama lain. Tuhan tidak jadikan manusia itu berbangsa-bangsa untuk
kita bergaduh dan berperang. Dalam masa yang sama, Tuhan menyuruh kita
menentang kekufuran, kezaliman dan kebatilan. Oleh itu, kalau perlu ada
penentangan di kalangan manusia, ia mesti diasaskan kepada kekufuran,
kezaliman dan kebatilan dan bukan kepada suku bangsa. Sesiapa sahaja
yang memperjuangkan kekufuran, kezaliman dan kebatilan mesti ditentang
tidak kira apa bangsanya, sekalipun dia dari kalangan bangsa kita
sendiri.

p/s: kredit untuk haez suzana.. copy dari note di facebook.. I hate demonstration and always hate demonstration..

Wednesday, May 26, 2010

Terima Kasih Cikgu

Cikgu Azrina yang bertudung hitam...

Gambar di atas adalah gambar cikgu Biologi aku mase kat matrikulasi dulu-dulu.. Aku jumpe gambar beliau kat facebook mentor aku mase matrik, Cikgu Amir.. Name beliau Cikgu Azrina.. Cikgu Azrina ni sangatlah cantik... Muka dia lembut je, sejuk mata memandang.. Aku rase beliau antara cikgu bio terbest yg pernah aku ade.. huhu.. Rindu plak kat Cikgu Azrina.. Aku ingat lagi, mase memula aku masuk matrik, aku tak berapa suka sebenarnya dengan Cikgu Azrina sebab beliau agak 'pushy' pastu selalu attack aku dalam kelas tutorial dan selalu wat aku rase tercabar.. Pernah sekali tu, tetiba je beliau tanya aku dgr walkman tak mase study, aku cakaplah aku dengar.. Pastu beliau kritik cara study aku dalam kelas.. Aku masa tu agak bengang jugak la.. hahaha.. Tapi sekarang saya faham, apa yang cikgu cakap demi kebaikan saya jugak..

Lama-kelamaan, aku semakin selesa dgn cara Cikgu Azrina mengajar.. Beliau slalu suruh kitorang wat presentation.. Tapi aku suka.. Sebab lagi paham bila kita sendiri present atau tengok kengkawan present.. Memang markah Biologi aku masa semester 2 mase tu maintain je.. Aku rase mase Sem 2 markah Bio aku tak kira kuiz or exam besar, semua A je.. Paling tak pon A- la.. Terima kasih cikgu.. Memang seronok belajar Bio dengan Cikgu.. Mase ni lah aku rasa aku betol-betol paham ape yang aku belajar.. Mase SPM dulu aku rase Bio aku tu, nasib je dapat A2.. Sampaikan exam final matrik tu, aku jawab soalan Paper Bio siap lukis gambarajah bagai.. hahaha.. Semangat gler.. Terima kasih cikgu.. Dan sebab mase matrik aku berminat dengan Bio jugaklah, aku pilih Bioteknologi mase kat universiti ni.. huhuhu.. Tapi rasenye sekarang minat aku terhadap Bio kembali menurun... hehe

Cikgu Azrina ni jugak mesra pelajar.. Aku ingat lagi kitorang pernah pergi berbuka pose kat rumah beliau.. Makan mee hailam.. huhu.. Mase tu aku berempat ke, berenam.. Seronok je dpt buke pose free.. hehe.. Tapi yang paling tak dapat lupe, ade satu peristiwa ni.. Kat matrik, kelas start pukul 8.. Disebabkan aku dengan roommate2 aku semuanya kepenatan sbb ade Karnival Sains hari sebelumnya, kitorang berempat terbangun tepat-tepat pukul 8.. Memang kelam kabut gler la.. Haha.. Kelakar je.. Mandi ala kadar, pakai baju x gosok.. Pastu on the way pergi kelas lak, mase ni jugak la Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar wat sport check tangkap budak-budak yang lambat pergi kelas.. Aku dah cuak gler dah.. Selamat gler aku tak tertangkap.. Tak tau kenape diorang x perasan aku.. Padahal aku lalu sebelah je.. Roommate-roommate aku, kena tangkap.. Aku lak, terus melarikan diri ke foyer, pastu buat2 study.. Konon-kononnya kelas tak start lagi.. haha.. Pastu, aku mesej Cikgu Azrina, aku cakap aku tak dapat dtg kelas sbb ade hal.. Lagi 5 minit nak habis kelas, budak-budak yang kena tahan pon dah bersurai, aku pon pergilah masuk kelas.. huhuhu.. Aku terus pergi kat Cikgu Azrina, aku cakap, " Mintak maaf cikgu, saya lambat".. Cikgu Azrina boleh cakap,"Takpe2.. Saya Faham".. Rupe-rupenya, beliau ingat aku kena tahan pastu kena denda dgn group2 budak yg dtg lambat tu.. Padahal aku melarikan diri sampai terponteng kelas secara tak sengaja.. huhuhuhu.. Budak-budak lelaki praktikum aku siap perli-perli aku cakap aku otai sebab masuk kelas lagi 5 minit kelas nak abis.. hahaha.. Memang x dapat lupe..

Papepon, terima kasih cikgu atas segala-galanya.. Rasenya masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu -cikgu yang mengajar saya di:

1. Tabika Telok Pelanduk, Port Dickson
2. Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson
4. MRSM Jasin, Melaka
5. Institut Memandu Port Dickson (IMPD)
6. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
7. Universiti Kebangsaan Malaysia

Jasa Cikgu-Cikgu akan saya kenang selamanya.....=)

respect

You know what?
You don't have my respect..
Baju ketat menyendat sampai nak tercabut butang,
Seluar pon ketat menyendat sampai terjojol mane yang x sepatutnye..
Rambut perang perasan mat saleh..
You really dont have my respect....

p/s: emo gler seyh aku.. hahaha

Monday, May 17, 2010

Koc Wanita

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ni perkenalkan koc wanita dekat komuter.. Aku memang menyambut baik la ape yang diorang wat ni.. Lepas ni takde la sesak-sesak, pastu berhimpit-himpit ngan lelaki kan... Aku pernah sekali ni, x dapat seat, pegang la tiang kan, biaselakan... Tapi adelah sorang lelaki Thai ni dengan sengaja menghimpit-himpit tangan aku dengan perut die.. Sakit hati gler aku.. Dah banyak kali cakap "Excuse me" dah.. Tapi die wat dunno je.. Rase nak pelempang pon ade jugak.. Tu pengalaman aku la.. Tapi aku rase, ade para wanita di luar sana yang pernah kena lebih teruk dari tu kan..

Buat pengetahuan sume, koc wanita adalah koc tengah ye TUAN-TUAN... Jangan plak wat muke tak tau malu masuk koc tengah.. Anda ada koc depan dan belakang.. Cukuplah tu.. Tapikan, pihak KTM patut buat koc tu nampak lebih obvious untuk wanita sahaja.. Yelah.. Dia just tampal sticker yang kecik cinonet.. Dah la warna hitam putih.. Dari jauh memang tak nampak la.. Cube tampal macam gambar kat atas tu.. Kuning... Dari jauh dah nampak dah.. Tak pon cat koc wanita tu jadi pink.. Kadang-kadang x perasan pon ternaik koc wanita.. Bila masuk dalam tren baru perasan.. "Oh, koc wanita rupenye.. Bagus3x... Shuke3x!!".. huhu

Tapi ade je lelaki-lelaki perasan yang tak sedar diri ni, yang mungkin juga mengalami kecelaruan identiti yang naik koc wanita ni.. Pastu boleh sembang kuat-kuat lak, macam koc tu bapak diorang yang punya... Haisyh, manyak sakit hati betol wa cakap lu.. Tapi kebanyakannye yang selamba badak naek koc wanita ni, tak laen tak bukan warga-warga asing, yang tak reti bahasa.. Padahal dah tulis lima bahasa dah kat sticker tu.. Bahasa Melayu, cina, inggeris, tamil, ngan arab.. Diorang nak tulis bahasa ape lagi.. Bahasa indo ke? Tapi boleh dimaafkan lagi la, sbb diorang mungkin buta huruf.. Ini, ade je lelaki tempatan yang gagah perkasa yang selambanya duduk kat koc wanita.. Kalo ye pon tak perasan masa masuk tu, bile dah masuk tu, boleh je kan kalo nak tukar koc.. Rasenye KTM perlu letak sticker besar-besar kat luar koc tu , " WANITA SAHAJA.. LELAKI DILARANG MASUK KECUALI MEREKA RASA MEREKA PONDAN"

Pihak KTM perlu amik berat pasal hal ni.. Hanya certain tren je yang ada polis jaga, macam tren aku naek pagi tadi.. Padan muke lelaki-lelaki pondan tak tau malu tu kena halau ngan polis pergi koc depan atau belakang.. huhu.. Sepatutnya, KTM patut letak petugas dia ataupun polis di stesen-stesen komuter.. Biar diorang jaga sket.. Jangan bagi lelaki naik koc wanita.. Kalo tak, tak tercapailah objektif KTM perkenalkan koc wanita kan? Papepon, terima kasih KTM sebab wujudkan koc wanita ni.. Rase lebih selesa.. Nak tidur sampai kuar air liur pon tak kisah bile duduk dalam koc ni.. huhuhu

p/s: Satu je x best bile duduk koc wanita ni.. Tak dapat usya lelaki-lelaki ensem.. muahahaha

Saturday, May 1, 2010

Dengki

Orang baik akan memendam dan cuba menghilangkan perasaan dengki selepas ia muncul dalam diri, orang yang kurang baik akan terus berdendam dan menbenci pihak yang didengki, dan orang jahat pula akan cuba untuk menjatuhkan pihak yang didengki...

Aku terjumpe quote di atas lepas aku google-google pasal dengki-mendengki ni.. haha.. Jangan x percaya.. Sume bende aku google.. En. Google tu dah jadi macam kawan baik aku dah skrg.. Kenape aku google pasal dengki? Adalah sebab-sebabnye.. hehehe.. Hasad dengki ni dah jadi macam sebati dengan masyarakat Melayu.. Macam tak boleh dipisahkan.. Ade je bende yang tak puas hati.. Ade je bende nak didengki.. Memang lumrah manusia macam tu.. Tak pernah rase bersyukur dengan ape yang ade.. Sentiasa cemburu dengan ape yang ada kat orang lain.. Dengki ni satu sifat yang sangat tak elok.. Dengkilah yang memecahkan perpaduan, dengkilah yang memutuskan hubungan..

Seperti apa yang diceritakan oleh quote di atas terdapat 3 golongan manusia dalam dengki-mendengki ni.. Tapi rasenye kebanyakan orang zaman sekarang tergolong dalam golongan yang ketiga iaitu cuba menjatuhkan pihak yang didengki.. Golongan yang tidak akan puas selagi orang yang didengki itu tak terjatuh.. Golongan yang menggunakan pelbagai cara utk menjatuhkan golongan yang didengki.. Kesian orang yang didengki itu.. huhu..

Saya bersyukur saya tidak cantik, tidak menarik, tidak kaya, tidak berharta dan tidaklah berilmu tinggi mana untuk didengki oleh orang lain.. Walaupun, kadangkala hati manusia siapa yang tahu.. Tetapi Ya Allah, lindungi hatiku dari mendengki orang lain..

Owh.. Ini bukan aku ye walaupon aku gemuk.. haha

p/s: pernah didengki oleh orang mase kecik2 dulu.. huhu.. Tapi sekarang, insyaAllah takde..=)
p/s/s: Tak tau macam mana nak bezakan perasaan tak suka, benci, cemburu dan dengki..