Semalam, tamatlah sudah sesi kepimpinan Permanis 09/10 dan bermulalah sesi kepimpinan yang baru sesi 10/11.. Aku tak reti nak wat ayat berbunga-bunga.. Tetapi terima kasih Permanis 09/10 kerana memberi kepercayaan kepada saya. Saya tak akan lupakan kalian sampai bila-bila.. Terasa sangat sedih bila mengenangkan untuk sesi depan, tiada lagi akak-akak dan abang-abang Permanis yang tidak putus-putus memberikan nasihat, menaikkan semangat, menghibur di kala duka dan percayakan saya lebih dari saya percayakan diri sendiri.. Yati sangat sayangkan kalian.. Yati tahu kadang-kadang ada yang terasa dengan sikap yati yang pendiam.. Tapi Yati memang macam tu dari kecik.. Yati susah nak sesuaikan diri dengan orang.. Malah, pernah bagitau Anip yang Yati nak letak jawatan.. Yati harap lepas ni, selalulah jenguk-jenguk kat bilik Permanis.. Rasenye, ramai yang amik master kan.. Jenguk kat blog yati pon ok gak..huhu.. Yati tak pernah mintak ape-ape dari akak-akak sebelum ni, tapi untuk sesi depan ni sebenarnya, Yati sangat mengharapkan pertolongan dari akak-akak terutamanya khidmat nasihat sebab Yati rasa sangat tak layak untuk jawatan baru yati..
Permanis mengajar saya banyak perkara baru.. Perkara yang sebelum ni tak pernah terfikir untuk saya untuk melakukannya.. Jika dulu saya seorang yang langsung tak boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang lain, tapi sekarang sudah dapat improve.. Kalau dulu saya langsung tidak berkeyakinan diri, tapi sekarang juga sudah improve walaupun masih belum sepenuhnya.. Kenangan serta pengalaman bersama Permanis terlalu berharga.. Saya sangat sayangkan hubungan ini.. Terima kasih atas segalanya.. Maaf, andai ada hati yang pernah terguris sepanjang kita kenal.. Halalkan apa yang termakan, terminum atau terambil barang.. hehe.. TERIMA KASIH PERMANIS 09/10..
Untuk kepimpinan Permanis sesi 10/11 pulak, tahniah diucapkan kepada Fazree, Mas, Ridzwan, Dayah, Kak Hana, Kak Fatin, Taza, Aen, Wan dan Anis.. Harap kita dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan dapat bekerjasama memajukan Permanis lagi.. Kepada mantan-mantan, jika ada salah dan silap, kritiklah kami tetapi jangan lupa menyertakan cadangan bersama kritikan.. Saya rasa sangat x layak untuk jawatan ni.. Tanggungjawab ni terasa sangat besar bagi saya.. Bantulah saya, bantulah kami...
p/s: sedang cuba untuk mempercayai diri sendiri....



