Thursday, April 8, 2010

Air Halia

Semenjak dua menjak ni aku dengan cik Aira Athirah selalu bercakap-cakap pasal air halia kat facebook.. Ramai yang tertanya-tanya apa itu air halia.. Air halia adalah satu kaedah untuk membuang angin dalam badan.. Tapi itu bukanlah maksud di sebalik perbualan kami.. haha.. Kalau sesiapa yang tengok cerita My Name Is Khan yang ade subtitle mesti ade tertengok satu part ni.. Shahrukh kene halau dengan Kajol dari rumah diorang and Shahrukh pon cakap yang berbunyi lebih kurang begini:

" I felt pain in my heart.. I thought it was gas, so I drank ginger drink (air halia).. But it's not.. I still feel the pain"

Lebih kurang camtu la.. Itu bukan dialog sebenar pon.. Tapi ade bunyi macam tu lah.. huhu.. Jadi, dapat tangkap x maksud die ape.. huhu.. Fikir-fikirkanlah maksud air halia di atas..

p/s: Rase nak air halia sekarang ni.. haha.. Stop it yati.. Forget it.. T_T

Tuesday, April 6, 2010

Malam Ikatan Persaudaraan PERMANIS (MAMPAN) 2010

Semalam, 5 April 2010, di Klana Resort, berlangsung Malam Ikatan Persaudaraan (MAMPAN) PERMANIS 2010, bertemakan Seribu Satu Malam.. Kali ni, aku jadi ketua pos protokol. First time pegang pos protokol dan rasenye paling tensyen kot.. huhu.. Dengan perasmi En Jamaludin, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan terlewat, terpaksa ganti ngan Dr Jamaludin, Penasihat PERMANIS.. Aku rase semenjak dua menjak ni, aku kuat naik angin, pastu kuat marah-marah.. hee.. Kesian sesape yang bawah aku, asyik kena marah je.. Tapi aku memang pantang orang yang tak buat keja sampai menyusahkan org lain and tak suka org yg banyak tanya padahal waktu tu aku tengah takde mood menjawab soalan.. Sangat-sangat mintak maaf dekat PERMANIS 2010/2011.. Aku tahu aku memang sangat menakutkan bile marah.. Tapi, lepas ni saya akan cube tak marah-marah lagi.. Tapi melalui MAMPAN ni jugak la dapat tengok kerjasama semua exco PERMANIS yg baru walaupon ade beberape still x nampak muka.. Hubungan antara exco pon semakin rapat.. huhu.. Terima kasih sume.. Untuk PERMANIS 2009/2010 dan ahli-ahli PERMANIS, mintak maaf sesangat kalo ade kepincangan sepanjang program berlangsung.. Sayang semua... Tengok je la gambar kat bawah ni.. Tapi aku tak banyak sgt tangkap gambar.. Takde mase.. huhu..

Dapat anugerah Exco cemerlang.. huhu.. Terima kasih MT-MT PERMANIS 2009/2010.. Cantikkan cenderamat penghargaan Exco tu.. huhu.. Aku mintak laen sbnrnye, org kedai tu kasi bentuk laen.. naseb baek lagi cantik.. hee

Exco Cemerlang
Cenderamata penghargaan

Dengan Kak Qilah

Kami, Exco Seranta Luar dan Alumni.. huhu.. Aku ngan Kak Hanis

Dengan Kak Timah ngan Kak Piqa.. Sorry sesangat Kak Piqa sebab kat plak salah eja.. Nanti yati try tempah lg sekali..

Dengan Kak Wani yang cantik..

Sesi bergambar..

Terima kasih Fazri, Mas, Ridzwan, Aen, Dayah, Kak Hana, Kak Fatin, Taza, Anis, Azam, Nad, Kak Syafi, Nab, Ana, Erin, Syikin, Haikal, Nizam, Hafiz, Angah, Nuar, Faiz, Kak Huda and Rozie..

p/s: karamel mak Fazri sangat sedap.. huhu.. Rase nak makan lagi.. =)

Friday, April 2, 2010

Kadang-kadang

Kadang-kadang rase nak give up,
Kadang-kadang rase nak lari,
Kadang-kadang rase nak lupekan je sume,
Kadang-kadang rase tak nak amik tahu,
Kadang-kadang rase nak pentingkan diri,
Kadang-kadang rase nak marah orang tanpe perlu control2,
Kadang-kadang rase nak tinggalkan sume keje,

Tapi sume perkara kadang-kadang tu tak boleh langsung aku nak jadikan kenyataan walaupon kadang-kadang..

Kerana itu tanggungjawab aku,
Kerana kalau aku tak kuat, yg lain-lain mcm mane?
Kerana kalau aku lari, x nak amik tahu, sape lg yg ade?

Bukan aku rase diri aku penting sgt, tp aku seriously rase sgt bertanggungjawab ke atas tanggungjawab aku...

Susahnye nak dapat kerjasama semua..
Susahnye nak kumpulkan sume org...
Susahnye nak bermula dari zero balik...

Tapi aku tahu, ini adalah pengalaman...
Ini adalah tanggungjawab....
Ini adalah cabaran...

Walaupon pening,
Walaupon tertekan,
Walaupon susah,

Aku perlu kuat!
Kita perlu kuat!
Kami perlu kuat!

p/s: aku rase semakin bnyk kedut-kedut muncul di dahi aku.. huhu.. tp walau apepon, aku hanye menangis bile tengok tv or movie je... setakat ni, aku belom menangis lg dan aku harap akan kekal begitu... =)

Wednesday, March 31, 2010

Senarai pantun majlis

Semalam, mase buat, teks MC untuk Malam Ikatan Persaudaraan PERMANIS 2010/2011, 5 April ni di Klana Resort, Seremban (sempat promote lg tu.. huhu), aku terjumpa koleksi-koleksi pantun yang boleh digunakan mase majlis.. Jadi aku nak kongsi kat sini..

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

Bahasa Melayu tersangatlah indah.. Jadi bagi sesape yg nak wat teks MC tu, boleh la amik pantun dari sini.. huhu.. Kredit to http://belajarlah-zahid.blogspot.com/2008/07/pantun-majlis.html..

p/s:Tensyen gler pegang pos protokol.. Argh!!!

Friday, March 26, 2010

Lagi-lagi Permanis

Sangat lame ye aku tak membebel kat sini.. Terlalu, terlalu, terlalu sibuk.. Sampai rase dah gune sume tenaga yg ade.. Bertahan yati, bertahan.. Dengan kerja Permanis, dengan study, dengan assignment, memang rase penat teramat sangat.. Sekarang ni, sejak naek pangkat dalam Permanis, idup aku berkisar pasal Permanis je.. haha.. Ade je bende nak buat, pastu bile x settle, aku pulak yg risau lebih-lebih, padahal bukan kerja aku pon.. Mase pon banyak dihabiskan dekat bilik Permanis berbanding dekat bilik sendiri.. Mulut pon dah semakin bising.. hahahah.. Betul macam cakap Kak Mar kat aku dulu, "boleh bercakap sebab jawatan".. Anip pon cakap td, " Yati sekarang dah pandai potpetpotpet eh".. Anip memang.. Aku bising salah, aku senyap pon salah.. hahaha

Tapi aku lg suke berada di bawah kot.. Tak banyak bende sgt kene fikir.. hidup lebih relaks... Tapi pengalaman dgn permanis ni mmg berharga lah.. Dapat bergaul dgn pelbagai ragam manusia.. Seronok sebenarnye mengkaji sifat manusia ni.. huhu.. Aku selalu senyap tu, maknenye aku tgh mengkaji ye.. hahaha.. bajet je.. Papepon, sangat berharap Permanis 2010/2011 dapat mengekalkan nama baik Permanis di UKM dan di Negeri Sembilan.. Kami akan cube sedaya upaya kami.. InsyaAllah.. Untuk mantan-mantan, doakan kami, tolong kami ye.. huhu..^_^

Thursday, March 18, 2010

To Do List..

Frekuensi aku mengupdate blog aku dalam sebulan semakin lame semakin menurun.. Bukan ape.. Busy sangat.. Tak sempat nak update.. Banyak gler keje.. Ok.. Saje nak letak 'to do list' aku kat sini sebagai reminder..

1. assignment analisis penyata kewangan- kena hantar 22 Mac 2010
2. tutorial Gene Expression yg menggerunkan - 24 Mac 2010
3. assignment research marketing- kena hantar minggu ke 14 kuliah
4. lab report kultur sel haiwan- kena hantar 1 April 2010
5. lab report kultur sel tumbuhan- tak tau bile kena antar
6. program Ko-K satu unit yg macam berbelas unit yang ntah pape ntah- 27 Mac 2010
7. kem motivasi pelajar UPSR, PMR & SPM dun Gemencheh 2010 anjuran PERMANIS- 26 sampai 28 Mac 2010.. Siap clash dengan program Ko-K lg tu..
8. Dinner PERMANIS, dah le jage protokol, abis aku- Tak tau lg.. tapi mase study week
9. Final Exam - 12 April sampai 26 April 2010

Untuk lab kultur sel haiwan dengan tumbuhan tu plak, kena pergi cek tiap hari.. Arghh!!!!!! Kengkadang rase nak belah badan jadi dua je.. Nak balik rumah ke tak esok ni? Haisyh..

Sunday, March 14, 2010

Terima Kasih Facebook

Kat Facebook, aku ade join group sekolah-sekolah aku, Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (SKPP), Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang (SMKPP) ngan MRSM TGB... Tapi yang paling aku suke bukak mestilah group SKPP.. Sekolah yang aku blaja paling lama kat situ.. Enam tahun.. Macam-macam kenangan.. huhu.. Dapat tengok balik muke-muke senior-senior aku sekarang ni.. Kalo dulu mase darjah satu sampai darjah enam, sume comel-comel je.. Sekarang, sume dah berubah.. Kelakar je tengok.. Sampai tak kenal dah.. Memang mengimbau kenangan 9-15 tahun dahulu, bile bukak group ni.. Sayang gler SKPP.. Kat sekolah ni lah, aku disayangi semua cikgu.. Jadi Juara Mengarang BM peringkat Negeri 9.. Kalo Majlis Penyampaian Hadiah lak, sume aku sapu.. haha.. Sampai sembilan, sepuluh hadiah aku bawak balik..

Dekat group SMKPP lak aku jumpe Facebook cikgu-cikgu lower form aku.. Yang best tu, aku jumpe Facebook Cikgu Hizam, antara cikgu favourite aku mase lower form dedulu.. Cikgu Hizam ajar aku Bahasa Melayu dengan Geografi masa aku Form 1.. pastu ajar aku Bahasa Melayu masa aku Form 2.. Form 3 lak die ajar aku geografi.. Cikgu Hizam cikgu disiplin kat SMKPP.. Beliau ni, kalau rotan budak, gaya beliau macam main golf.. haha.. sorry cikgu.. Cikgu Hizam pernah tak percaya aku dapat 96% ujian bulanan Geografi.. Beliau tak percaya.. Beliau tanye aku pernah wat soalan tu kat memane tak.. Tapi aku betol-betol tak pernah wat soalan tu.. Tapi beliau tak marah la.. Satu lagi kenangan ngan Cikgu Hizam, aku pernah nak terlanggar beliau sebab mase tu aku tengah syok usya senior sampai jalan tak pandang depan.. haha.. malu gler kot.. Aku add Cikgu Hizam facebook.. Die bagi mesej di bawah ni kat aku.. haha

Klik gambar untuk besar

Kelakar je.. Cikgu Hizam ingat lagi kat aku.. Sangat terharu.. Boleh pulak, beliau panggil aku budak pendiam.. hehe.. tapi aku memang pendiam pon mase kat sekolah dulu.. Facebook memang best la.. Dapat jumpe kawan-kawan lama aku.. Dapat jumpe cikgu-cikgu aku.. Terima kasih Facebook..

P/s: lepas ni kena face the real book pulak.. hee..

Friday, March 12, 2010

Two Powerful Sentences

Tahu tak dua ayat yang sangat powerful yang boleh wat orang yang tengah marah tak jadi nak marah dan wat orang yang tengah tak marah jadi marah bile tak dengar ayat ni? Huhu.. Ayat yang aku maksudkan adalah:

"Terima Kasih" dan "Minta maaf"

Atau dalam bahasa Omputihnye,

"Thank You" dan "Sorry"

Tak taulah bagi orang lain, tapi aku amat mementingkan kedua-dua ayat atau perkataan ni.. Kengkadang bile kite dengar orang cakap terima kasih kat kite, rasa hilang sume penat lelah kite.. Rase apa yang kita dah wat sangat dihargai dan terasa bahagia.. haha.. Over lakkan sampai rasa bahagia.. hee.. Papepon, cube kite wat something untuk seseorang, dahlah die yang mintak tolong, tapi langsung tak cakap terima kasih kat kite.. Ape perasaan kite? Mesti bengang kan? Jadi sesape yang tak pernah belajar cakap terima kasih tu, cubelah try cakap.. Bukan rugi pon cakap terima kasih.. Bukan kena bayar pon nak cakap terima kasih.. Aku rase ramai je yang spesies macam aku ni.. Spesies yang tak mengharapkan balasan tapi just nak dengar word TERIMA KASIH tu.. Kalo susah sangat nak cakap, tulis, tak pon, taip.. Understood? huhu..

Bagi perkataaan kedua lak, Maaf.. Ni lagi satu.. Bagi kekawan aku yang sedang bermasam muka sekarang ni, cube cakap perkataan ni kat orang yang sedang kite bermasam muka tu.. Tak payah lah nak tunggu sape dulu mintak maaf.. Kan silaturrahim lebih penting kawan-kawan? Mintak maaf dahulu bukan bermaksud kita kalah.. Malah kite menang, sebab kite berani mengaku kita salah.. Kalo kita tak salah pon, cakap je mintak maaf.. Kengkadang orang tak sedar apa salah die, sampai pihak yang lagi satu mintak maaf.. Lagi satu, macam yang aku cakap tadi, perkataan maaf ni sangat powerful sampai boleh menghilangkan benci dalam hati kita.. Mungkin ade yang cakap, aku setakat cakap boleh la.. Cube jadi kat diri sendiri.. Pernah pe, jadi kat aku.. Memang memule rase ego.. Cakap tak nak maafkan orang yang aku bermusuh tu selagi die tak mintak maaf.. Tapi bagi aku sume tu nonsense je sebenarnya.. Aku pergi mintak maaf kat orang yang aku bermusuh tu, die pon mintak maaf balik, pastu masalah settle.. Kan lagi bagus macam tu? Janganlah terlalu keras hati sampai nak berada dalam satu tempat yang sama pon tak boleh.. Kalau kita mintak maaf, orang tu tak maafkan kite, itu laen cerita.. Asalkan kita dah cakap perkataan MAAF tu.. Die nak maafkan atau tak, itu belakang kire.. Ok?

P/S: entri aku ni, aku tak tujukan pada sesape.. Hanya pandangan peribadi.. TERIMA KASIH kerana membaca dan MAAF jika mengguris hati sesiapa.. =)

Thursday, March 11, 2010

My Name Is Khan

My Name Is Khan.. Lame gler kot aku tunggu cerita ni nak keluar.. Last-last dapat tengok jugak.. Tapi bukan dekat panggung sebab hanya sedikit panggung yang tayangkan cerita ni.. Tak tau nape GSC tak tayangkan cerita ni.. Box Office seluruh dunia kot.. Cerita Tamil banyak pulak kan dekat GSC kan.. huhu.. Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, aku amik kat Mas.. Thanx Mas.. Walopon kualiti gambar die x bagus, subtitle pon x full tapi still happy sebab dapat tengok Shah Rukh Khan dan Kajol kesayanganku.. Aku faham sikit-sikit kot bahasa hindustan.. haha.. Bak kata mak aku everytime aku balik rumah, "Anak Hindustan dah balik dah...".. Hee.. Sebab aku slalu bukak Zee TV bile kat umah.. By the way, SRK ngan Kajol sangat sweeeeetttt... Tersengih-sengih sengsorang aku tengok cerite ni.. SRK berlakon jadi autism, mcm o.k.u laa.. Sangat jadik die blakon.. Comel je.. Cerita ni sedih gak.. Kesian tengok SRK ataupun Rizwan Khan dalam cerita ni bile die kena halau ngan Kajol atau dalam cerita ni, Mandira Khan.. Bukan salah dia pon.. Dah la Rizwan ni tak boleh menangis.. Bile die sedih die lambung-lambung batu je.. Misi die, nak jumpe Presiden USA pastu cakap, "MY NAME IS KHAN, AND I'M NOT A TERRORIST".. Kalau nak tau cerita selanjutnye, tengok sendiri la ye.. huhu..

Kajol jadi hairstylist dalam cerita ni..

Poster My name is khan..

Poster My Name Is Khan lagi..

Part ni x de dalam MNIK yang amik kat Mas.. tak tau nape..

part ni comel.. Rizwan Khan ajak Mandira kawen..

Part ni tersangatlah sweeettnye.. Haha.. Selalu Rizwan tu je yg ajak Mandira kawen.. Sekali ni, Mandira yang ajak Rizwan kawen.. Pastu, boleh plak Rizwan malu-malu.. Siap tutup2 muka... Comel gler!!! haha

Kajol tersangatlah cantik dalam movie ni.. Love her so much!..

Yang ni gambar lama SRK tapi nak masukkan jugak dlm entri ni sebab SRK nampak tersangatlah comel dalam gambar ni.. Omigosh, I'm melting!! Haha.. Walopon Mak aku cakap muke die macam Bangladesh dan Mak Jihah cakap muke die macam burung kakak tua, tapi aku tetap minat SRK.. haha

Mase press conference.. Diorang sangat sepadan.. Love them!!

P/S: Aku minat diorang sejak aku umur 10 tahun.. Jadi dah hampir 11 tahun kot aku minat kat diorang.. huhu

Wednesday, March 3, 2010

Ketidakstabilan Fikiran

Sebenarnye, sejak habis Kembara Ilmu Negeri Sembilan aritu, aku jadi sangat tak stabil emotionally and physically.. Tak tau nape.. Lebih-lebih lagi lepas AGM Permanis.. Lagi la jadi tak stabil.. Even I'm thinking about the 'R' word.. Bukan main-main.. Tapi betol-betol fikir nak 'R' from Permanis.. Tapi bile difikirkan balik, dan sesi luahan perasaan bersama Kak H*** semalam sampai pukul 5 pagi baru tido, aku jadi tenang sket.. Walopon sebenarnye, aku hanya luahkan 70%, tapi aku jadi lega.. Thanx kak, for everything... So, aku mengconcludekan,

1. Jangan asyik fikir pasal diri sendiri sebab ia tak berbaloi sgt.. Ramai lagi org di seluruh dunia yang memiliki masalah yang lebih besar dan memerlukan pertolongan kita..

2. Keluarkan potensi diri dan yakin dengan diri sendiri..

3. Bahagikan masa antara study dgn persatuan equally.. Jangan berat sebelah.. Ingat tujuan utama datang ke UKM..

4. Be a positive thinker.. Anda adalah ape yang anda fikirkan..

5. Dare to change, dare to be different.. Jangan nak bandingkan diri dengan orang lain.. Anda adalah anda.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. It is ok to be different.. It is ok to be you.. Yes, you.. Dan bila tiba masanya, you will change and transform into a beautiful swan.. Ade orang yang memang dilahirkan sbg 'a beautiful swan'.. Tapi ade org juga yg dilahirkan sbg 'ugly duckling', sebelum menjadi 'a beautiful swan'.

6. Diam bukan bermaksud lemah

7. Go with the flow....

Semoga aku berjaya mengorganizekan diri aku semula.. Amin...

Tuesday, March 2, 2010

Love or Like?

In front of the person you love, your heart beats faster.
But in front of the person you like, you get happy.

In front of the person you love, winter seems like spring.
But in front of the person you like, winter is just beautiful winter.

If you look into the eyes of the one you love, you blush.
But if you look into the eyes of the one you like, you smile.

In front of the person you love, you can't say everything on your mind.
But in front of the person you like, you can.

In front of the person you love, you tend to get shy.
But in front of the person you like, you can show your own self.

You can't look straight into the eyes of the one you love.
But you can always smile into the eyes of the one you like.

When the one you love is crying, you cry with them.
But when the one you like is crying, you end up comforting.

The feeling of love starts from the eye.
But the feeling of like starts from the ear.

So if you stop liking a person you used to like, all you need to do is cover your ears.
But, if you try to close your eyes, love turns into a drop of tear and remains in your heart forever...


Komen

Aku first time bace benda ni mase kat Pusat Sumber Ilmu MRSM Jasin dulu.. huhu.. Selak-selak buku motivasi, terjumpa benda alah ni... Best kan? Macam betul je.. Boleh la dijadikan panduan bagi sesape yang confuse tu.. haha.. Aku jumpe balik kat blog kawan baik aku ieza.. Sorry ye ieza sebab copy and paste dari blog ieza.. Bile difikirkan, aku selama ni sume jumpe yang like je, yang love belum jumpe lagi.. hahaha.. Ok, cukup.. Tak nak mengarut lebih-lebih.. Silalah baca dan fikir-fikirkan.. =)