Huhu.. untuk subjek speech communication, kitorang kene wat drama.. ini task ketiga kitorang selepas small group discussion dengan speech.. group aku kene present untuk drama ni esok.. sangat takut sebab aku tak pernah berlakon seumur hidup aku (dalam real life pon aku x pernah berlakon..hehe).. tajuk drama aku RAPUNZEL AND RAPUNZIL.. dibintangi oleh Ros sebagai Rapunzel, Mas sebagai The Rich Merchant dan Rapunzil, Aku sebagai Mina (mak kepada Rapunzel dan Rapunzil), dan Mira sebagai Muna atau The Witch.. sinopsis cerita die lebih kurang macam ni:
**********************************
Mina ngan Muna kawan baik.. diorang kerja kat rumah The Rich Merchant.. Muna minat dengan The Rich Merchant tapi Mina yang dapat kahwin ngan The Rich Merchant.. Muna sangat jealous pastu die bunuh The Rich Merchant mase Mina tengah mengandung.. Mina dapat anak kembar, seorang lelaki dengan seorang perempuan.. name diorang Rapunzel dengan Rapunzil.. Muna culik Rapunzel pastu cakap Rapunzel dah mati kat Mina untuk buat Mina lebih menderita.. Muna letak Rapunzel dalam menara yang x de pintu kat tengah hutan.. die dtg bawak makanan ngan pakaian sebulan sekali kat Rapunzel.. bile diorang dah besar, secara kebetulan Rapunzil dengan Rapunzel terjumpa mase Rapunzil tengah berburu dalam hutan.. diorang tak tau yang diorang adik beradik.. pastu diorang pon jatuh cinta.. Rapunzil naek ke menara tu dengan menggunakan rambut Rapunzel yang panjang.. rahsia Muna atau The Witch kantoi lepas die try nak bunuh Rapunzel pastu Rapunzil ketuk kepala die dari belakang sampai pengsan.. Rapunzil terkejut lepas die tengok The Witch tu sebenarnye kawan baik mak die.. diorang pon turun dari menara tu dgn tali pastu Rapunzil bawak Muna ngan Rapunzel balik umah mak die.. kat rumah Mina, Mina terkejut lepas dengar name Rapunzel.. Rapunzil tak pernah tau die ade kembar sebab Mina tak pernah bagitau die.. Mina dapat cam Rapunzel ank die sebab diorang ade tanda lahir yang same kat tangan.. Rapunzil memule x dapat terima hakikat yang diorang adik beradik tapi Rapunzel tenangkan die.. The Witch tu pulak last2 mengaku yg die bunuh suami Mina ngan sembunyikan Rapunzel.. Rapunzil nak bunuh The Witch tapi Mina tak bagi.. lepas tu Rapunzel bagi cadangan letak The Witch tu dalam menara yang x de pintu macam The witch buat kat die dulu.. lepas tu habis.. muahaha
********************************
Hancur cerite Rapunzel kitorang ubah.. haha.. aku x tau macam mane nak berlakon esok.. dah la watak aku banyak gune emosi.. sape nak tengok kitorang berlakon leh datang kt BS1115 F, Bangunan Fizik, FST, dalam pukul 8-10 pagi.. hahahaha.. wish me luck!! =) harap-harap berjayalah drama kitorg ni.. kitorg baru prepare hari ni.. padahal esok kene present...
p/s: esok aku akan update lagi pasal drama kitorang ni..


0 comments:
Post a Comment