Tuesday, November 17, 2009

Kenapa orang cantik lebih yakin?

Kenapa orang cantik lebih berkeyakinan dari orang yang kurang cantik?? Aku dah dapat jawapan die.. huhu.. Tadi aku tengok rancangan "Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah" kat Astro Oasis.. Beliau crite pasal personaliti berdasarkan fizikal.. Aku tengok yang ulangan punye.. yelah, mase die tayang kat Astro Ria aku x pernah tengok langsung.. huhu.. Tapi menurut Dr Fadzilah, ini hanya teori, x semestinye betul.. Kire macam the ugly truth la ni.. The ugly truth is, orang suka nak berkenalan dengan seseorang yang cantik berbanding dengan seorang yang kurang cantik..

Memang orang cakap, 'don't judge a book by its cover'.. tapi kebanyakan orang, yang luaran ni lah yang die tengok dulu.. Macam pilih buku jugak.. Memang aku akui, kalo aku pilih buku (hobi aku bace buku), mmg aku pilih buku yang cover die cantik.. kengkadang aku dapat buku cover cantik n crite die pon menarik.. kengkadang gak aku dapat buku tu cover cantik tapi crite die x de la menarik mane..

So, ape kaitan dengan orang lagi suke berkawan dengan orang yang lagi cantik, orang cantik berkeyakinan tinggi? Sebab, bile seseorang tu diapproach oleh ramai orang, sume orang nak berkawan dengan die, so, die akan mempunyai banyak peluang untuk practice untuk berinteraksi dengan ramai orang.. Dari situ, keyakinan diri die akan dibentuk.. Berlainan dengan orang yang kurang cantik ni, die akan dapat kurang peluang untuk practice.. So, keyakinan diri die kurang sket.. Tapi ni x semestinye betul.. Ramai jugak kite tengok yang kurang cantik, tapi keyakinan diri die sangat tinggi..

Tapi aku selaku seorang yang kurang cantik, aku akui perkara di atas.. Kawan baik aku selalunye cantik.. Dari sekolah rendah sampai sekarang, aku tak tau nape, kawan baik semua cantik-cantik belaka.. Aku dapat tengok perbezaan seseorang, bile cakap dengan aku and bile cakap dengan kawan baik aku yang cantik, sangat lain.. Aku pernah x diendahkan langsung oleh orang and aku pernah tinggalkan je kawan baik aku terus berborak dengan orang-orang ni and diorang x sedar langsung aku dah pergi.. kawan baik aku je sedar.. huhu.. tapi kemudian baru die tanya.. tapi dulu aku memang agak rendah diri.. Sekarang ni aku dalam usaha memperbaiki communication skills aku.. kawan-kawan, tolong saya eh..

Sebenarnya, semua manusia adalah cantik.. Semua perempuan adalah cantik.. Every girl is a princess.. Yang bezanya, cantik tang mana.. Cantik luar ke, cantik dalam ke, cantik luar n dalam ke.. Yang pasti, cantik ni subjektif.. Beauty is in the eyes of beholder..

p/s: mengarut sekali sekala.. huhu

4 comments:

najihah said...

errr berapa kali tah perkataan 'cantik' sy da jumpe kt post yati ni..hee.. neway, memandangkan sy ni kawan baek yati,makenye sy pun cantik la ekk..kikiki pasan skali skale..yati, wat la entry pasal jodoh lak..

ps:"toot" tu dpt la rayuan jpa..huk huk..

Rasmelaka said...

tak semua orang cantik lebih confident... best ur self... and brave

Asfan Ash said...

cantik luar
cantik dalam
cantik luar dan dalam

perbezaan terBESAR, cantik luar dalamla yg paling hebat

still, that 1 is the HIGHEST princess kalo nak dibandingkan ngan cantik sikit2 tu

muhaha!

Hazieyati said...

jihah>> x leh nak wat entry pasal jodoh, nnt abah saye bace die cakap saye menggatal nak kawen.. haha

Rasmelaka>> yeah.. be ourself..

ARC>> betol3.. cantik luar n dalam yang paling bagus.. tapi nak jumpe org yang cantik luar n dalam ni sangat susah.. mcm one in a million.. eh.. tak2.. mcm one in a hundred.. hehe..