Sunday, January 17, 2010

Satu Malaysia

Sape x kenal logo kat atas ni, memang sah korang bukan rakyat Malaysia.. Konsep Satu Malaysia ni diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak.. Bermacam-macam program diadakan untuk mendedahkan konsep ni kepada rakyat.. Kat TV, kat radio pon banyak gler iklan Satu Malaysia.. Tapi yang peliknye tu, ade lagi orang yang x paham-paham konsep Satu Malaysia ni.. Roommate aku sendiri yang ceritakan kat aku perbualan yang dia dengar antara seorang lelaki India warga Malaysia dengan seorang lelaki Indonesia..

Lelaki India Malaysia:
Lu tau tak Satu Malaysia tu apa? Kat radio selalu sgt cerita pasal Satu Malaysia, Satu Malaysia.. Ape satu Malaysia tu?

Lelaki Indonesia:
Enggak tau dong.. Memanglah Malaysia ni ade satu je.. Takkan ade dua pulak?

Dua-dua orang tu pon gelak sama-sama..

Yang lelaki Indonesia tu, boleh faham la kenapa die x tau Satu Malaysia tu ape.. Yang lelaki India Malaysia tu, takkan tak tau langsung.. Konsep Satu Malaysia tu berkenaan dengan integriti dan perpaduan rakyat.. Ataupun menurut PM, untuk mewujudkan satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan memberi peluang yg bukan sedikit pd rakyat..

Cerita pasal perpaduan kaum ni, mesti bile kite tengok iklan kat TV, orang cina ngan india pergi melawat org Melayu, makan bersama-sama, mesti ramai yang rasa, in reality, x de maknanye bende tu sume berlaku.. Iklan tu gambaran yang terlalu harmoni dan kengkadang nampak fake.. huhu.. Tapi tak mustahil kan untuk semua tu terjadi?

Aku sendiri masa tingkatan satu, masa Chinese New Year, aku, adik aku, kwn India aku, Jacintha dengan adik Jacintha pergi beraya rumah kwn Cina kitorang, Tan Siew Si.. Memang terasa muhibbah sesangat.. haha.. Tapi, kite sebagai org Islam pandai-pandailah jaga ape yang kita makan kan.. Yang bukan Islam ni pon dah paham.. Kalo kita datang rumah diorang, diorang mesti angkat air kotak, makanan pon, keropok-keropok je..

Mase menengah rendah gak aku rapat dengan budak-budak India kelas aku, Jacintha, Revathi dgn Thurga.. Diorang sgt baek.. huhu.. Aku jugak Ahli Lembaga Pengarah Ko-operasi sekolah aku.. Aku sorang je Melayu, yang lain sume Chinese.. Cikgu penasihat pon Chinese.. Tapi aku x kisah.. Tapi seriously aku lagi suke kawan dengan budak India berbanding Cina.. Diorang lagi baek dan ikhlas kawan ngan kita..

Tapi sekarang, aku dah tak berapa ramai kawan bangsa lain dah.. Tak tau kenapa.. Kalo ada pon, kawan-kawan biasa je la.. Sebenarnya, perpaduan kaum ni, kalo nak wujudkan, kena wujudkan dari kecik lagi.. Kalo dah besar, memang susah la.. Tetibe terasa rindu dekat Revathi, Jacintha dengan Thurga.. Kat mane diorang sekarang...

p/s: malasnye nak join larian Satu Malaysia minggu depan.. tapi nak wat camne.. wajib join.. haisyh..

0 comments: