Saturday, January 30, 2010

Tak habis-habis

Aku tak mau blog aku diserang orang parti X tapi aku nak jugak komen pasal PRK ni.. Aku akan gunakan bahasa yang sehalus mungkin.. hehe.. Seperti yang semua tau, PRK UKM baru-baru ni, Parti Y yang menang.. Adat bertanding, ada menang, ada yang kalah.. Itu perlulah terima.. Tapi isu yang dibangkitkan Parti X, terdapat penyelewengan dalam pengiraan undi, terutama di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.. Aku tak tau crite sebenar tapi aku dapat tau orang cakap, bile kire di peringkat kolej, Parti X yang menang, tp bile diumumkan, Parti Y pulak yang menang.. Itu yang diorang x puas hati sangat tu.. Sampai mereka merusuh dekat tempat pengumuman sape yg menang tu.. Sampai hentak helmet ke cermin bangunan, TNC terkurung dalam bangunan, x dapat nak keluar.. Dan aku dengar cerita gak, ada Pak Guard yang tampar student Parti X ni.. Itu yang buat diorang lagi marah.. Aku faham perasaan diorang.. Pak Guard tu mmg salah sebab dia x da hak nak tampar student.. Itu, kalo nak settlekan, report je la polis, abis crite.. Tapi diorang x percayakan polis kot.. hehe.. Pasal penyelewangan tu pulak, x boleh ke selesaikan dengan cara yang berhemah.. Tindakan anda tu sangat tak mencerminkan tahap pendidikan anda.. Keganasan tak menyelesaikan masalah.. Tambah masalah lagi ada..

Lagi satu isu diorang, pihak kolej paksa dan ugut budak tahun satu undi Parti Y.. Kalo tak undi, kena buang kolej.. Aku pernah jadi budak first year.. Memang, JAKSA kitorang, ade bagi kitorang nombor Parti Y untuk kitorang undi masa malam sebelum hari mengundi.. Tapi diorang TAK PERNAH paksa atau ugut kitorang undi Parti Y.. Tindakan JAKSA kolej aku tu sama la jugak macam agen-agen Parti X yang bagi flyers yang ada nombor calon diorang untuk kitorang undi tu.. Semuanya terpulang kat kitorang jugak sebab kitorang dah besar, ada akal untuk fikir mana baik, mana buruk.. Tapi ini kolej aku la.. Tak tau la pulak kolej-kolej lain.. Bila dah tahun 2 ni lagilah kolej tak masuk campur pon kitorang nak undi sape sampai aku tak tau pon calon Parti Y nombor berapa.. Tapi aku tau nombor Parti X sebab diorang ada berkempen beberapa kali sebelum kuliah aku start..

Tapi, cubalah pihak Parti X fikirkan balik apa sebab korang boleh kalah.. Saya tahu pihak anda dah mengjangka kemenangan.. Tapi anda tahu tak ape student-student lain fikir pasal anda? Parti X pada pendapat kami seperti menjurus kepada golongan-golongan tertentu sahaja.. Cuba tengok sape yang jadi agen diorang masa berkempen.. Gadis-gadis bertudung labuh, jejaka-jejaka berkopiah dan pelajar-pelajar FPI.. Sangat jarang atau tak pernah langsung nak tengok gadis-gadis biasa yang berseluar jeans berkempen untuk diorang.. Adekah golongan seperti kami ini tak layak untuk mewakili parti X? Tapi bagi saya, ada di kalangan kami yang berseluar jeans ni yang lebih berakhlak daripada ahli anda.. Muslimah-muslimah menjerit menyatakan ketidakpuashatian, berdemonstrasi, membuat perarakan dan bercampur dengan geng-geng yang berbusana seperti mereka sahaja.. Bukankah lebih bagus, kalo golongan-golongan ini, melupakan hal politik, dan mengambil pendekatan, mendekati kami golongan biasa-biasa sahaja ni, berdakwah, mengajak kami mendalami Islam?? Itu barulah perjuangan Islam yang sebenar..

Anda menggunakan nama Islam sebagai teras perjuangan anda.. Anda mengatakan anda berjihad, menegakkan kebenaran.. Tapi ape yang pihak lagi satu buat yang menyalahi Islam? Adakah pihak lagi satu menjatuhkan Islam? Pasal yuran mahal.. Kalo nak yuran anda murah, masuklah UiTM... Buat ape masuk UKM tuan puan?? Kalo pihak anda menang sekalipon, confirm ke pihak anda dapat turunkan yuran? Anda yakin ke wakil anda boleh? Tapi saya tahu, anda memang sangat yakin dengan wakil anda bukan? Memang saya tak nafikan, pihak Parti Y x habis-habis wat pesta je kan.. Tapi anda join skali bukan? Saya pernah nampak je, budak2 yang memakai baju Parti X pergi pesta tu jugak.. Ke, anda memantau keadaan? Saya tahu, Parti Y pon salah jugak sebenarnya.. Dah dapat kerusi, tapi kerja yang dibuat tak seberapa.. Tapi kita sesama Islam.. Janganlah bergaduh disebabkan politik.. Pihak ketiga jugak yang ketawakan kita.. Mana yang tak baik, tegur sebagai rakan.. Saling membantu antara satu sama lain.. Bukankah itu lebih baik kawan-kawan?

Disebabkan sikap anda Parti X, yang radikal tu, membuatkan kami merasa nak bagi peluang sekali lagi kepada pihak yang lagi satu walopon mereka tak seberapa.. Anda nak jadikan Malaysia ni seperti Indonesia ke? Mahasiswa yang asyik berdemonstrasi.. Saya tanya kawan2 saya yang dari Indonesia, mereka datang belajar di Malaysia sebab ibubapa diorang x nak mereka jadi macam mahasiswa di sana yang asyik berdemonstrasi.. Tapi sekarang, dah jadi dua kali lima je mcam Indonesia.. Memang kita serumpunlah.. haha.. Mesti mereka menyesal hantar anak mereka belajar kat sini.. Kami sukakan KEAMANAN.. Kami tak suka kacau-bilau.. Sangat tak suka bila keadaan jadi macam ni..

Untuk pihak Universiti, tindakan panggil FRU tu bagi saya keterlaluanlah.. Diorang tak de lah pada tahap melampau lagi.. Pihak keselamatan masih boleh kawal lagi kot.. Bagi yang kena tangkap polis tu, chance untuk dibuang universiti sangat tinggi.. Sangat kesian dengan mak bapak diorang.. Cadangan juga untuk pihak Universiti, tahun depan, tolonglah mansuhkan parti-parti ni.. Biar diorang bertanding atas tiket individu.. Sebab kami, mengundi pon tengok individu jugak.. Kami tak tengok parti mana pon.. Mase mengundi haritu, sume aku undi.. Parti X aku undi, Parti Y aku undi, Bebas pon aku undi jugak.. Oops.. Kantoi la plak aku undi sape.. hehe.. Bila wat secara individu jugak, mahasiswa/i ni tak boleh nak pertikaikan proses pengiraan undi oleh pihak universiti..

Aku tak suka sangat nak cerita pasal politik ni.. Tapi rase sangat2 nak tulis pasal ni.. huhu.. Bagi aku, POLITIK ITU KOTOR, POLITIK ITU MEMUSNAHKAN SILATURRAHIM..

p/s: Bagi sesiapa yang menang tu, sila jalankan tanggungjawab anda.. Sebagai pemimpin, satu kaki anda di neraka, satu lagi di syurga.. Rasenye, semua tahu tu.. Untuk pihak yang berkenaan, anda memperjuangkan kebebasan bersuara.. Jadi jangan hentam bloggers yang komen pasal anda.. Kami juga ada hak untuk bersuara dan ada pendapat kami sendiri.. Tolong hormat pendapat orang lain.. Saya terpaksa edit pos sebab ramai kengkawan cakap saya terlalu open.. Minta maaf bagi pihak yang terasa..