Sunday, January 31, 2010

SUKNES@U

Selaku Sekretariat Publisiti untuk Karnival Sukan Mahasiswa Negeri Sembilan (SUKNES@U) ni, aku nak publisitikan lah program ni kat blog aku.. hehe.. SUKNES @ U dianjurkan Majlis Mahasiswa Negeri Sembilan (MANIS) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) UKM.. Akan berlangsung pada 5-7 Februari ni, di sekitar UKM.. Datanglah beramai-ramai... Tujuh universiti bertanding iaitu UKM, UM, UIA, USM, UMT, UTHM dan UDM.. Terdapat lima sukan teras dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, ping pong, bola tampar dan sepak takraw.. Terdapat juga tujuh sukan rakyat dipertandingkan.. Kali ni, first time aku pegang Publisiti bersama Nazree dan AJK kitorang Buhari ngan Rozie.. Tapi Alhamdulillah, berjalan lancarlah setakat ni.. Terima kasih kat adik-beradik Permanis yang tolong publisiti gantung 'bunting' selama dua hari berturut-turut.. Jasamu dikenang.. =)
Logo SUKNES@U.. Aku yang buat berdasarkan idea budak TTK..

Banner Karnival

Majlis Makan malam bersama MB..

Setakat ni, kat e-pelajar dah keluar, digital board pon dah keluar, bunting pon dah gantung.. Tinggal nak cari media pastu uruskan Mini Konvensyen.. Sempat ke tak nak carik media ni.. huhu.. Chaiyok2 Publisiti!!

p/s: Ingat nak wat Happy Hour utk sekr publisiti lepas abis program nnt, mcm sekr motivasi kebajikan wat mase Kembara Seri Perpatih II aritu.. huhu

Saturday, January 30, 2010

Tak habis-habis

Aku tak mau blog aku diserang orang parti X tapi aku nak jugak komen pasal PRK ni.. Aku akan gunakan bahasa yang sehalus mungkin.. hehe.. Seperti yang semua tau, PRK UKM baru-baru ni, Parti Y yang menang.. Adat bertanding, ada menang, ada yang kalah.. Itu perlulah terima.. Tapi isu yang dibangkitkan Parti X, terdapat penyelewengan dalam pengiraan undi, terutama di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.. Aku tak tau crite sebenar tapi aku dapat tau orang cakap, bile kire di peringkat kolej, Parti X yang menang, tp bile diumumkan, Parti Y pulak yang menang.. Itu yang diorang x puas hati sangat tu.. Sampai mereka merusuh dekat tempat pengumuman sape yg menang tu.. Sampai hentak helmet ke cermin bangunan, TNC terkurung dalam bangunan, x dapat nak keluar.. Dan aku dengar cerita gak, ada Pak Guard yang tampar student Parti X ni.. Itu yang buat diorang lagi marah.. Aku faham perasaan diorang.. Pak Guard tu mmg salah sebab dia x da hak nak tampar student.. Itu, kalo nak settlekan, report je la polis, abis crite.. Tapi diorang x percayakan polis kot.. hehe.. Pasal penyelewangan tu pulak, x boleh ke selesaikan dengan cara yang berhemah.. Tindakan anda tu sangat tak mencerminkan tahap pendidikan anda.. Keganasan tak menyelesaikan masalah.. Tambah masalah lagi ada..

Lagi satu isu diorang, pihak kolej paksa dan ugut budak tahun satu undi Parti Y.. Kalo tak undi, kena buang kolej.. Aku pernah jadi budak first year.. Memang, JAKSA kitorang, ade bagi kitorang nombor Parti Y untuk kitorang undi masa malam sebelum hari mengundi.. Tapi diorang TAK PERNAH paksa atau ugut kitorang undi Parti Y.. Tindakan JAKSA kolej aku tu sama la jugak macam agen-agen Parti X yang bagi flyers yang ada nombor calon diorang untuk kitorang undi tu.. Semuanya terpulang kat kitorang jugak sebab kitorang dah besar, ada akal untuk fikir mana baik, mana buruk.. Tapi ini kolej aku la.. Tak tau la pulak kolej-kolej lain.. Bila dah tahun 2 ni lagilah kolej tak masuk campur pon kitorang nak undi sape sampai aku tak tau pon calon Parti Y nombor berapa.. Tapi aku tau nombor Parti X sebab diorang ada berkempen beberapa kali sebelum kuliah aku start..

Tapi, cubalah pihak Parti X fikirkan balik apa sebab korang boleh kalah.. Saya tahu pihak anda dah mengjangka kemenangan.. Tapi anda tahu tak ape student-student lain fikir pasal anda? Parti X pada pendapat kami seperti menjurus kepada golongan-golongan tertentu sahaja.. Cuba tengok sape yang jadi agen diorang masa berkempen.. Gadis-gadis bertudung labuh, jejaka-jejaka berkopiah dan pelajar-pelajar FPI.. Sangat jarang atau tak pernah langsung nak tengok gadis-gadis biasa yang berseluar jeans berkempen untuk diorang.. Adekah golongan seperti kami ini tak layak untuk mewakili parti X? Tapi bagi saya, ada di kalangan kami yang berseluar jeans ni yang lebih berakhlak daripada ahli anda.. Muslimah-muslimah menjerit menyatakan ketidakpuashatian, berdemonstrasi, membuat perarakan dan bercampur dengan geng-geng yang berbusana seperti mereka sahaja.. Bukankah lebih bagus, kalo golongan-golongan ini, melupakan hal politik, dan mengambil pendekatan, mendekati kami golongan biasa-biasa sahaja ni, berdakwah, mengajak kami mendalami Islam?? Itu barulah perjuangan Islam yang sebenar..

Anda menggunakan nama Islam sebagai teras perjuangan anda.. Anda mengatakan anda berjihad, menegakkan kebenaran.. Tapi ape yang pihak lagi satu buat yang menyalahi Islam? Adakah pihak lagi satu menjatuhkan Islam? Pasal yuran mahal.. Kalo nak yuran anda murah, masuklah UiTM... Buat ape masuk UKM tuan puan?? Kalo pihak anda menang sekalipon, confirm ke pihak anda dapat turunkan yuran? Anda yakin ke wakil anda boleh? Tapi saya tahu, anda memang sangat yakin dengan wakil anda bukan? Memang saya tak nafikan, pihak Parti Y x habis-habis wat pesta je kan.. Tapi anda join skali bukan? Saya pernah nampak je, budak2 yang memakai baju Parti X pergi pesta tu jugak.. Ke, anda memantau keadaan? Saya tahu, Parti Y pon salah jugak sebenarnya.. Dah dapat kerusi, tapi kerja yang dibuat tak seberapa.. Tapi kita sesama Islam.. Janganlah bergaduh disebabkan politik.. Pihak ketiga jugak yang ketawakan kita.. Mana yang tak baik, tegur sebagai rakan.. Saling membantu antara satu sama lain.. Bukankah itu lebih baik kawan-kawan?

Disebabkan sikap anda Parti X, yang radikal tu, membuatkan kami merasa nak bagi peluang sekali lagi kepada pihak yang lagi satu walopon mereka tak seberapa.. Anda nak jadikan Malaysia ni seperti Indonesia ke? Mahasiswa yang asyik berdemonstrasi.. Saya tanya kawan2 saya yang dari Indonesia, mereka datang belajar di Malaysia sebab ibubapa diorang x nak mereka jadi macam mahasiswa di sana yang asyik berdemonstrasi.. Tapi sekarang, dah jadi dua kali lima je mcam Indonesia.. Memang kita serumpunlah.. haha.. Mesti mereka menyesal hantar anak mereka belajar kat sini.. Kami sukakan KEAMANAN.. Kami tak suka kacau-bilau.. Sangat tak suka bila keadaan jadi macam ni..

Untuk pihak Universiti, tindakan panggil FRU tu bagi saya keterlaluanlah.. Diorang tak de lah pada tahap melampau lagi.. Pihak keselamatan masih boleh kawal lagi kot.. Bagi yang kena tangkap polis tu, chance untuk dibuang universiti sangat tinggi.. Sangat kesian dengan mak bapak diorang.. Cadangan juga untuk pihak Universiti, tahun depan, tolonglah mansuhkan parti-parti ni.. Biar diorang bertanding atas tiket individu.. Sebab kami, mengundi pon tengok individu jugak.. Kami tak tengok parti mana pon.. Mase mengundi haritu, sume aku undi.. Parti X aku undi, Parti Y aku undi, Bebas pon aku undi jugak.. Oops.. Kantoi la plak aku undi sape.. hehe.. Bila wat secara individu jugak, mahasiswa/i ni tak boleh nak pertikaikan proses pengiraan undi oleh pihak universiti..

Aku tak suka sangat nak cerita pasal politik ni.. Tapi rase sangat2 nak tulis pasal ni.. huhu.. Bagi aku, POLITIK ITU KOTOR, POLITIK ITU MEMUSNAHKAN SILATURRAHIM..

p/s: Bagi sesiapa yang menang tu, sila jalankan tanggungjawab anda.. Sebagai pemimpin, satu kaki anda di neraka, satu lagi di syurga.. Rasenye, semua tahu tu.. Untuk pihak yang berkenaan, anda memperjuangkan kebebasan bersuara.. Jadi jangan hentam bloggers yang komen pasal anda.. Kami juga ada hak untuk bersuara dan ada pendapat kami sendiri.. Tolong hormat pendapat orang lain.. Saya terpaksa edit pos sebab ramai kengkawan cakap saya terlalu open.. Minta maaf bagi pihak yang terasa..

Sunday, January 24, 2010

Pernah tak rasa?

Ini entri aku yang kedua menggunakan tajuk yang sama.. Ini kira second version la ni.. Untuk first version, carik la sendiri (kalo nak la).. Aku malas nak cari dan linkkan.. hehe

Pernah tak rase kerja korang tak dihargai?
Pernah tak rase korang wat kerja, orang lain dapat nama?
Pernah tak rase orang x percaya korang boleh wat kerja?
Pernah tak rase orang memandang rendah ape yang korang boleh wat?
Pernah tak rase diperkecilkan depan orang lain?
Pernah tak rase diri korang sendiri tak dihargai?

Ade yang pernah aku rase.. Ade yang mungkin aku pernah rase.. Ade yang mungkin aku akan rase.. Dan ade yang mungkin aku tak pernah rase.. Persoalannya, adekah semua soalan-soalan di atas aku pernah rase? Biarlah aku sendiri yang tahu.. Perkara-perkara macam ni yang menjadikan kehidupan kita lebih menarik biarpun kadang kala agak pahit untuk diterima.. Hadapi dengan senyuman.. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.. Kengkadang orang itu x sedar ape yang dia kata..

p/s: Aku rase darah aku B positive la.. Sebab aku slalu 'be positive'.. haha

Saturday, January 23, 2010

Komuter

Aku first time naek komuter mase umur 19 taun, mase first year, bersama Yana (budak port dickson UO), train ke Seremban dari Stesen UKM pada pukul 2.15 ptg.. hehe.. Pukul brape tu aku tipu je, aku tak ingat pon pkul brape.. Ketinggalan zaman kan aku.. Sebab aku ni, before masuk Matrik, aku jarang gune kenderaan awam ni.. First time naek, memang aku excited gler bagai r.. Nervous pon ade.. Haha.. Aku rase aku lagi teruja mase nak naek train drpd mase nak naek kapal terbang mase lepas abis SPM..

Aku sangat suka naek train.. First reason, boleh usya orang ensem.. muahaha.. gatai sungguh.. X de la.. Aku suke naek train ni sebab kite boleh tengok pelbagai ragam manusia dalam train tu.. Aku suke perhatikan dari sorang ke sorang yg lain.. Macam-macam ragam.. Ade yang tido, ade yang membaca, ade yang dengar mp4, ade yang berborak.. Kat sini gak leh tgk keprihatinan masyarakat Malaysia.. Bagi tempat duduk x, pada orang tua atau orang mengandung.. Aku paling suke naek train sorang-sorang.. tanpa kawan.. Sebab aku akan berfikir sepanjang train tu berjalan.. Fikir pasal kerja, pikir pasal masa depan, pasal kehidupan..

Sebab aku rase, hidup ni macam naek tren jugak.. Kite akan singgah di stesen-stesen lain dahulu sebelum sampai ke destinasi yang kita tuju.. Dalam perjalanan menuju ke destinasi terakhir tu, di setiap stesen, kita akan jumpa orang yang berlainan.. Kengkadang tren kita x selesa, padat macam sardin.. Kengkadang jugak tren kita selesa, x ramai penumpang lain.. Ade penumpang yang bersama kita sampai ke destinasi terakhir.. Ade gak penumpang yang bersama kita sekerat jalan je.. Sama la jugak macam hidup kita.. Kita ada matlamat.. Nak capai matlamat kita, ade peringkat-peringkat.. Ade mase susah, ade mase senang.. Dan ada orang yang akan bersama kita sehingga kite dapat matlamat kita.. Dan dalam usaha mencapai matlamat kita tu, ada banyak benda-benda yang menghalang.. Faham ke tak aku mengarut ni? haha

Sambung balik pasal komuter.. Kan dalam komuter tu, ada tiang untuk orang yang berdiri untuk pegang kan? Aku sangat pantang kalo ade orang tu, buat macam tiang tu dia punya sorang.. Please la.. Hold it with your hand not with your body.. Tapi yang slalu wat camni, orang asing yang melambak-lambak kat Malaysia ni.. Sangat seronok bile satu hari ni, aku dengan roommate aku berdepan ngan situasi ni la.. Kami x dapat nak pegang tiang tu.. Ade la sorang lelaki yang ensem dan gentleman ni cakap kat org yg peluk tiang komuter tu, " Excuse me, they also want to hold that thing".. Wah! Cair sekejap.. haha

Lagi satu aku pantang dalam komuter ni bile orang memekak.. Menyanyi macamlah dia wat konsert.. Kacau orang lain.. Rase nak bagi penampar je kalo camtu.. Lagi satu, pasangan-pasangan couple yang berpeluk sakan dalam komuter.. Tak tau malu betol... Itu pon rase nak bagi penampar jugak..

Tahniah la sape yang bace entri ni sampai abis.. Sabar jugak anda dengan saya yang x penyabar ni.. Aku sure adik aku x bace.. Die slalu bace entri aku yang pendek-pendek je.. haha

p/s: pengalaman naek train aku pada hari ni sangat menyeronokkan.. hak3..

Monday, January 18, 2010

PRK

PRK? Stands for what eh? Perak? Parti Keadilan Rakyat? Eh, tak.. Tu PKR.. Ke, short form untuk park? Tak pun, People's Republic of Korea? Owh... Pilihan Raya Kecil kot..

Eh, tidak-tidak.. PRK tu maksudnye, Pilihan Raya Kampus..

Tak lama lagi ade pilihan raya kampus kat UKM ni.. Bagi, adik-adik first year, meh akak nak khabaq.. Kat UKM ni, ada dua parti, Aspirasi (pro-pentadbiran) dan Gabungan Mahasiswa, GMUKM (pembangkang la kirenye).. Kalo ade parti lain, x tau la plak akak.. Bukan amek tau pon..

Bagi aku, aku tak masuk campur sangat benda-benda ni sume.. I don't like politic.. Politik ni kotor sebenarnya.. Adeke politik yang bersih sekarang ni? Tak tau la.. Lantak diorang la nak kempen bagai, yang penting aku bahagia.. haha.. tapi seronok gak tengok diorang ni.. Kadang-kadang meriah, kadang-kadang annoying pon ade..

Bagi pihak pembangkang iaitu, GMUKM, diorang tak abis-abis bangkitkan isu pasal SPKG.. Yang diorang panggil wat ceramah umum kat Pusaneka tu pulak, budak third year yang tak tau pape pasal SPKG.. Ko nak kecoh pehal? Bior kitorang budak second year ni yg kecoh.. Haha.. Aku tak menentang SPKG ye, aku tau kebaikan SPKG.. Tinggal cara penilaian tu je kurang berkesan.. Aku dapat tau perjuangan GMUKM ni, dikatakan berlandaskan Islam.. Tapi aku sangat x suka dengan cara diorang berkempen, yang bagi pendapat aku sangat radikal.. Aku tak suka radikal-radikal ni.. Perarakan, demonstrasi jalanan.. Aku tak suke.. Aku suka suasana yang aman.. Suka cara yang diplomasi.. Sampai surau-surau pon ade poster kempen diorang.. Ape kes?? Surau bukan tempat berpolitik ye kawan-kawan..

Perenggan di atas tu, bukan bermakna aku sokong Aspirasi.. Oh tidak adalah sekali.. haha.. Taun lepas Aspirasi menang.. Tapi aku x nampak ape-ape perubahan pon kat UKM.. Yang aku nampak ade kafe yang cool (cool sebab die kafe terbuka.. huhu) kat FSSK.. Yuran Za'ba pon (menurut budak-budak Za'ba) tak turun-turun.. Dan kengkadang, diam sangat la pulak, sampai x tau pon, diorang wujud ke tak.. Owh, mesti diorang x mengejar populariti kan.. haha.. Tapi at least tunjuk la muke.. Aku tak kenal pon sape wakil FST.. Tengok tu, betapa x glamournya korang.. Ke FST, GMUKM eh? Haha.. Aku yang tak tau sebenarnye kot.. Tapi kalo kalah pon, tunjukkanlah kat kami, yg kami salah sebab tak undi anda..

Aku lupa sape yang aku undi taun lepas.. Yang pasti, aku gune cara biasa aku mase mengundi dekat MRSM Jasin dengan kat Matrikulasi.. Aku undi sesape yang ensem @ cantik.. Tak pon, aku undi sesape yang name die sedap.. Teruk gler perangai.. haha.. Tapi nak wat camne? Aku lupe Aspirasi nombor berapa, GM nombor berapa.. Tapi kalo tau pon nak wat pe.. Aku rase better undi atas kredibiliti dan personaliti calon bukan undi atas nama parti..Tak pon undi tengok pointer die.. Undi budak yg pointer lagi tinggi.. Nanti kalo budak pointer rendah menang, makin drop la pointer die semester depan sebab sibuk sangat.. haha.. Bagus kan camtu?

~~Marilah mari, pergi mengundi, tunaikan kewajipan, pada Universiti~~
=)

Sunday, January 17, 2010

Satu Malaysia

Sape x kenal logo kat atas ni, memang sah korang bukan rakyat Malaysia.. Konsep Satu Malaysia ni diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak.. Bermacam-macam program diadakan untuk mendedahkan konsep ni kepada rakyat.. Kat TV, kat radio pon banyak gler iklan Satu Malaysia.. Tapi yang peliknye tu, ade lagi orang yang x paham-paham konsep Satu Malaysia ni.. Roommate aku sendiri yang ceritakan kat aku perbualan yang dia dengar antara seorang lelaki India warga Malaysia dengan seorang lelaki Indonesia..

Lelaki India Malaysia:
Lu tau tak Satu Malaysia tu apa? Kat radio selalu sgt cerita pasal Satu Malaysia, Satu Malaysia.. Ape satu Malaysia tu?

Lelaki Indonesia:
Enggak tau dong.. Memanglah Malaysia ni ade satu je.. Takkan ade dua pulak?

Dua-dua orang tu pon gelak sama-sama..

Yang lelaki Indonesia tu, boleh faham la kenapa die x tau Satu Malaysia tu ape.. Yang lelaki India Malaysia tu, takkan tak tau langsung.. Konsep Satu Malaysia tu berkenaan dengan integriti dan perpaduan rakyat.. Ataupun menurut PM, untuk mewujudkan satu Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur, dengan memberi peluang yg bukan sedikit pd rakyat..

Cerita pasal perpaduan kaum ni, mesti bile kite tengok iklan kat TV, orang cina ngan india pergi melawat org Melayu, makan bersama-sama, mesti ramai yang rasa, in reality, x de maknanye bende tu sume berlaku.. Iklan tu gambaran yang terlalu harmoni dan kengkadang nampak fake.. huhu.. Tapi tak mustahil kan untuk semua tu terjadi?

Aku sendiri masa tingkatan satu, masa Chinese New Year, aku, adik aku, kwn India aku, Jacintha dengan adik Jacintha pergi beraya rumah kwn Cina kitorang, Tan Siew Si.. Memang terasa muhibbah sesangat.. haha.. Tapi, kite sebagai org Islam pandai-pandailah jaga ape yang kita makan kan.. Yang bukan Islam ni pon dah paham.. Kalo kita datang rumah diorang, diorang mesti angkat air kotak, makanan pon, keropok-keropok je..

Mase menengah rendah gak aku rapat dengan budak-budak India kelas aku, Jacintha, Revathi dgn Thurga.. Diorang sgt baek.. huhu.. Aku jugak Ahli Lembaga Pengarah Ko-operasi sekolah aku.. Aku sorang je Melayu, yang lain sume Chinese.. Cikgu penasihat pon Chinese.. Tapi aku x kisah.. Tapi seriously aku lagi suke kawan dengan budak India berbanding Cina.. Diorang lagi baek dan ikhlas kawan ngan kita..

Tapi sekarang, aku dah tak berapa ramai kawan bangsa lain dah.. Tak tau kenapa.. Kalo ada pon, kawan-kawan biasa je la.. Sebenarnya, perpaduan kaum ni, kalo nak wujudkan, kena wujudkan dari kecik lagi.. Kalo dah besar, memang susah la.. Tetibe terasa rindu dekat Revathi, Jacintha dengan Thurga.. Kat mane diorang sekarang...

p/s: malasnye nak join larian Satu Malaysia minggu depan.. tapi nak wat camne.. wajib join.. haisyh..

Thursday, January 14, 2010

Akulah Sang Mantan

Tak lama lagi Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan(PERMANIS) akan adakan Annual General Meeting(AGM).. 24 aribulan ni kalo x silap.. Itu bermakna barisan kepimpinan PERMANIS yang lama akan dibubarkan dan yang baru akan dibentuk.. Lagi seminggu aku akan jadi mantan Permanis.. Disebabkan nak jadi mantan ni kan, aku nak touching2 sket la kat blog aku ni.. huhu.. Aku ingat lagi, aku daftar Permanis masa Minggu Pengenalan Persatuan kat Pusaneka mase first year.. Aku ingat mase tu aku daftar dengan Kak Hanis.. huhu.. Abang Ikhwan pon ade kat situ, die terangkan pasal pinjaman Yayasan Negeri Sembilan.. hee.. Ingat lagi tu.. Tapi aku tak berapa nak aktif pada mulanya.. Aku nak join OPKIM mase tu, dah bagi nama dah, tapi terpaksa cancel sebab aku ada pertandingan kawad SUKEM masa tu.. Memang aku tak join pape la program Permanis..

Tapi dah jodoh kan, Mas, yang merupakan coursemate aku, yang sememangnye aktif Permanis dari mula, ajak aku jadi AJK untuk Kembara Seri Perpatih II (KSPII).. Aku pon setuju.. Mas cakap aku under pos Program.. Tapi bile datang perkampungan, aku ditukarkan jadi pos Motivasi dan Kebajikan, under Abang Man dan Kak Key.. Aku ngan Kak Su, jadi AJK bawahan.. huhu.. Sejak jadi AJK KSPII ni la, aku belajar berpersatuan.. Meeting setiap minggu, belajar macam-macam, deal dengan orang-orang besar, dan yang paling best, dapat kawan-kawan baru yang baik-baik belaka.. Memang kenangan KSPII tu, x leh lupe la sampai bile-bile.. Masa post-mortem, bila KP nak bubarkan AJK KSPII, rase macam sedih sangat.. hehe..

Aku ingatkan aku ngan Permanis habis takat Kembara je, tetibe aku dilantik jadi Timbalan Exco II Seranta Luar dan Alumni bersama Baha (letak jawatan) dan Kak Hanis di bawah kepimpinan Anip.. Memula rase memang tak nak, tapi cube je la dulu.. Aku pernah gak rase nak letak jawatan, tapi Alhamdulillah bertahan sampai sekarang.. hee.. Dari Permanis la, kehidupan aku kat UKM ni rase menarik dan bermakna.. Takdela asyik makan, tido, pegi kuliah, keluar jejalan je kan.. Pengalaman yang dapat dari program-program Permanis ni sangat bermakna bagi aku.. Walopon aku ni selalu diam je, tapi sebenarnya, aku dah rasa sayang kat Permanis, keluarga aku kat UKM..

Jadi, di kesempatan ni, Yati nak mintak maap kalo ada adik-beradik Permanis yang terasa hati dengan Yati sepanjang kita kenal.. Mintak maap sebab selalu tak join korang kuar makan malam-malam.. Bukan ape, Yati x biasa sangat kuar malam-malam.. hehe.. Rasenye dua kali je kot aku join kuar makan kat mapley dengan korang.. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.. Sayang korang sume.. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, khidmat nasihat dan sebagainya.. Terima kasih Permanis 08/09 dan Permanis 09/10.. =)

Gambar-gambar kenangan bersama Permanis:

Sifu-Sifu aku masa memula kat Permanis, Sekretariat Motivasi dan Kebajikan, Abang Man, Kak Key ngan Kak Su..

masa majlis penutup Kembara Seri Perpatih II..

Mase survey Kembara Ilmu yang seronok.. huhu

Muke lega lepas handle meeting kat TTJ.. hehe


Dinner Permanis, MATAKU

Kenangan dinner..

Budak Pomanih yang lahir bulan sembilan yang comel-comel belaka..
Mase program motivasi Inspirasi.. Program yang sangat memenatkan yang buat aku tidur 17 jam x bangun-bangun.. haha

Induksi kepimpinan Permanis kat Pangkor.. dengan group aku, Octamutants

Program motivasi Elit pulak..

Program Riang Ria Raya

Barisan Kepimpinan Permanis 09/10

Bajet.. haha

Permanis 09/10

p/s: dari Permanis gak, aku dah reti cakap loghat sikit-sikit.. haha.. before ni, tak tau langsung, pham pon tidak.. 'Akulah Sang Mantan' tu lagu kumpulan Nidji.. best.. carik la..

Friday, January 8, 2010

Boys Over Flowers

Semenjak dua menjak ni, aku layan cerita Boys over Flowers.. Ini korean version punye Hana yuri dango atau Meteor Garden.. Sangat best! Yang penting hero die sume ensem-ensem.. huhu.. Aku baru tengok 10 episod dari 26 episod.. Banyak lagi kena tengok ni.. Aja2!! Hwaiting!!

Poster cerita ni.. tp heroin die x berapa nak comel.. Tengok lame-lame baru rase comel.. huhu

Ni sume pelakon-pelakon cerita ni.. The korean F4.. Aku kenal Kim Bum je.. sebab die berlakon cerita korea kesukaan mak aku kat tv2 tu, East of Eden.. Aku tengok East of Eden tu pon sebab Kim Bum blakon.. hee

Ni hero cerita ni.. Lee Min Ho.. Watak die dalam cerita ni Gu Jun Pyo, leader kumpulan F4.. Aku rase die sangat ensem walopon Jihah cakap die x ensem.. haha.. Suke sikap die dalam cerita ni.. Berlagak tapi baek..


Ni pulak Kim Bum.. Comel kan die.. huhu.. Die sebaya aku kot.. baru nak masuk 21..

p/s: I felt like melting in front of my lappy every time I watch this drama.. haha

Thursday, January 7, 2010

Semenjak Dua Menjak

Semenjak dua menjak ni aku perasan aku selalu gune perkataan 'semenjak dua menjak' kat blog aku ni.. Ok.. Aku x de point nak cerita ape.. Tapi semenjak dua menjak aku tambah advertisement nuffnang kat blog aku ni, keinginan nak update blog tu sangat tinggi sebab mengharapkan duit masuk.. haha.. Dah lari dari matlamat asal menubuhkan blog ni dah.. Papepon, setakat ni duit aku kat Nuffnang still RM0.00.. Yelah.. Tak sampai seminggu kot aku berdaftar dengan Nuffnang.. Semester ni agak lega.. Aku amik 18 unit je.. Selalu setiap semester mesti 23 unit.. Lab pon ade dua je.. Lab mikrokomputer dengan Lab Kultur Tisu dan Sel.. Lecturer-lecturer pon sume best-best.. Aku suke kelas TITAS.. Best gler kot Dr Abdul Salam mengajar.. Aku suka belajar dengan lecturer yang suke cerita pasal pengalaman diorang.. Semenjak dua menjak ni jugak, aku jarang tidur dalam dewan kuliah.. Sangat berbangga dengan diri sendiri.. hehe.. Memanglah x tido sebab kelas sume start dekat nak tengah hari.. haha.. Tadi aku jumpe dengan Kak Ayu, roommate aku mase matrikulasi dulu.. Lame gler kot x jumpe die.. sejak abis matriks memang x jumpe dah.. Kitorang jumpe kat Pusaneka.. Kak Ayu datang dari KTSN sebab ada urusan dengan PPP.. Tu dtg jumpe aku sekejap tu.. Semenjak dua menjak jugak, aku perasan aku dah jarang membaca.. Padahal dulu aku punyelah ulat buku.. Tapi sekarang baca sket dah boring (membaca yang dimaksudkan bukan membaca buku ilmiah).. Semenjak dua menjak ni, rase cinta dan sayang aku terhadap Kolej Ungku Omar jugak semakin berkurang.. Semangat kekolejan dah x de dalam diri aku.. haha.. Tapi terpaksa dipupuk balik sebab Ko-K under kolej kot.. huhu.. Dan semenjak dua menjak ni jugak aku teringin nak jadi balik diri aku masa kat MRSM Jasin.. Diri aku yang dulu sampai aku dapat gelaran 'ustazah' oleh cikgu Biologi aku, Cikgu Muhi.. Waa.. Aku rindu Cikgu Muhi!!

p/s: abaikan sahaje entri ni.. aku memang suke mengarut sorang2 sebab aku lega lepas aku menulis..=)

Monday, January 4, 2010

SPKG.. Tolonglah..

Harini aku nak crite pasal Sistem Penilaian Kompetensi Generik(SPKG) yang merupakan satu topik hangat kat UKM sekarang ni lepas memasing dapat result memasing semalam.. SPKG ni baru diperkenalkan sesi lepas (2008/2009) kat UKM.. Kira kitorang ni first batch yang diorang apply sistem ni dan kitorang ni jugak lebih kurang macam bahan ujikaji la.. Dan melalui maklumat yang disampaikan kepada kitorang mengenai SPKG ni mase bengkel akademik, hanya UKM, universiti di Malaysia yang wat sistem ni, dan universiti-universiti laen di luar negara dah lame menjalankan sistem ni.. SPKG ni tujuan sebenarnya diperkenalkan kepada kami adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan-graduan UKM.. Kirenye senanglah dapat keje nanti.. Lagi satu SPKG ni tujuannya memupuk 'soft skill' dalam diri pelajar.. Ini bermakna, SPKG ni takde kaitan langsung dengan akademik dan lebih kepada nilai-nilai yang terdapat dalam diri mahasiswa/i tapi diberi pointer, ade GPA ngan CGPA die macam akademik jugak.. Dan kedua-dua CGPA ; akademik dan SPKG akan dicatatkan dalam ijazah kami nanti..

Perenggan atas tu kire pengenalanlah kepada sistem ni.. Pada mulenye aku mengambil baeklah seruan universiti ni (cewah..) tapi lepas 3 semester didedahkan (tapi result ade utk 2 semester je), aku mendapati sistem ni sangat-sangat LEMAH ye tuan puan.. Lupe pulak nak crite cara penilaian die.. Sistem ni takde exam.. Kitorang akan dinilai oleh penilai-penilai kami, iaitu felo-felo di kolej, mentor kami di fakulti serta pensyarah-pensyarah PPP dan PPU.. 51% penilaian dari kolej dan 49% dari pusat.. Peratus-peratus tu, adelah lagi pecahan-pecahan kecik die mcm aktiviti persatuan ke dan lain-lain.. Aku dah x ingat dah ape.. hehe.. Yang kami pelik tu, berdasarkan result yang kami dapat semalam, kebanyakan budak-budak yang sememangnye aktif, x kira la kat pusat ataupun kolej, dapat pointer yang agak rendah.. tapi x sumelah.. Kawan aku yang JAKSA (Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi) pon boleh dapat pointer bawah 3 je.. Apekah?? Dan budak-budak yang kurang aktif pulak dapat pointer lebih tinggi.. juga tak sumelah.. Jadi ape silapnye sistem ni? Sistem ni tak adil bagi pendapat aku..

Kenapa aku cakap tak adil?

Yang pertama, penilaian die berasaskan emosi.. Yelah.. Penilai-penilai kena nilai students yang sangat ramai.. Dan kengkadang x kenal sume pon.. Laenlah mentor fakulti.. Mentor mesti kena mentee die.. Tapi lagi satu masalah mentor fakulti, selalunye kalo perjumpaan mentor-mentee, ape yang mereka akan tanya adalah prestasi akademik kami.. Jadi macam mana mereka nak nilai soft skill kita? Dan bagi penilai-penilai yang lain, mereka kena nilai ramai pelajar.. Kemungkinan maen letak je markah tu sangat tinggi.. Dan mereka ade kecenderungan bagi markah yang tinggi kepada student yang mereka kenal je.. Kalo saya cakap macam ni, mesti pihak berwajib akan jawab; Jadi, berkenal-kenalanlah dengan penilai kamu tu.. Masalahnya, kami ada banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan daripada pergi membodek penilai-penilai..

Yang kedua, penilaian kendiri.. Die tanya soalan-soalan berasaskan ape yang kita dapat dari SPKG ni.. Penilaian ni boleh tipu la.. Jadi sangat x adil kalo nilai dari situ sebab ade yang jawab jujur, ade yang jawab letak sume yang baek-baek je.. Aku rase better die tukar penilaian kendiri tu jadi personality test or what so ever yang orang tak leh nak tipu.. Kalo wat exam pon aku x kesah..

Yang ketiga, ade antara aspek-aspek yang dinilai tidak sesuai dinilai oleh penilai-penilai.. Sebagai contoh, HPP6 aspek kerohanian.. Macam mana penilai nak nilai kerohanian kite tuan puan? Nak tengok dari amal ibadat kite ke? Atau budak ni nampak baek, letak tinggi lah kerohanian? Saye percaya ade bebudak FPI yang x dapat 'A' untuk aspek ni.. Banyak jugak aspek lain yang x sesuai dinilai oleh penilai..

Saya tau x baek mengkritik sahaja tanpa memberi cadangan (ayat MB Negeri Sembilan.. hehe).. Jadi cadangan saya di sini, sila kaji balik sistem ni... haha.. ape punye cadangan da.. takde2.. Aku rase penilai-penilai tu x sesuai, kena tukar.. Contohnye, kalo nak nilai aspek kerohanian, baek suruh roommate yang nilai, sebab die tau ape kawan die tu buat kat bilik.. Rasenye kalo kawan2 yg nilai lagi bagus.. Tapi yang penting tukar penilai atau bagi training kat penilai-penilai agar menjadi penilai berkualiti.. Untuk fikir sape penilai rasenye bukan tugas kitorang kot.. Itu tugas orang yang mereka SPKG ni.. Tengok balik ape yang universiti2 luar negara buat sampai sistem ni berjaya diamalkan kat sanun..

Sebab takut SPKG ni tak berjaya mencapai objektif.. Dari nakkan graduan-graduan bolehpasar, terus jadi tak bolehpasar lepas majikan tengok pointer SPKG kitorang rendah padahal bukan salah kita pointer SPKG rendah.. Tolong jangan menganaiya kami.. Please....

Cara-cara Membuat Peluru War Game

Bahan-bahan yang diperlukan:

tepung gandum

telur

dan

air

Langkah-Langkah Membuat:
masukkan tepung ke dalam bekas bancuhan..

pecahkan beberapa biji telur ke atas tepung itu tadi..

gaulkan sehingga sebati..

campurkan sedikit air dan kacau hingga sebati..

tuangkan ke dalam belon melalui corong mengikut kreativiti sendiri..

masukkan air secukup rase ke dalam belon yang telah diisi tepung dan telur tadi..

ikat belon dengan kemas..

bungkus dengan berhati-hati..

hasil yang telah siap.. comel kan?

pekerja-pekerja gembira..

Untuk tempahan, sila hubungi syarikat HKLY(Hana, Key, Lina, Yati) Sdn Bhd di Pusaneka aras 3.. haha..

p/s: syarikat kami supply utk program INTIM Permanis je.. =)