Sunday, October 4, 2009

Selamatkah Malaysia?

Salam..

Aku baru lepas bace paper harini.. Pakar meramalkan gempa yang lebih kuat daripada gempa 7.6 magnitud akan melanda Padang.. Dan jika ramalan ini berlaku, Padang akan lenyap untuk masa sedekad.. Ya Allah.. Sangat menakutkan.. Dan penduduk semananjung Malaysia diminta berwaspada.. Kemungkinan Malaysia untuk memasuki Lingkaran Api Pasifik juga amat tinggi selepas ini sebab gempa kali ini telah menyebabkan rangkaian gempa telah melebar.. Seperti yang kita sedia maklum, bangunan-bangunan kat Malaysia ni sumenye tinggi-tinggi belaka.. Banyak betol pencakar-pencakar langit.. Dahlah kebanyakannya tidak dilengkapi alat kalis gempa.. Aku takut bile membayangkan sume ini.. Aku takut bile bayangkan bangunan-bangunan di KL sume ranap disebabkan gempa.. Aku takut bile bayangkan berapa ramai yang akan hilang nyawa.. Aku takut bayangkan sume yang dibina dalam masa bertahun-tahun hilang ranap sekelip mata.. Aku takut... Mintak dijauhkan oleh Allah.. Allah, lindungi Malaysia, ya Allah.. lindungi kami Ya Allah..
p/s: minggu lepas 3 bencana sekaligus berlaku dalam seminggu.. gempa di Indonesia, Banjir di Filipina dan tsunami di Samoa.. Tidak cukupkah kemusnahan yang disebabkan oleh alam semulajadi? Kenapa kita ingin tambahkan lagi kemusnahan itu dengan peperangan?? Peace no war!

0 comments: