

Gambar-gambar di atas merupakan gambar-gambar gempa bumi Padang, Indonesia baru-baru ni.. Gempa bumi yg berukuran 7.9 pada skala richter ini terjadi lebih kurang genap dua tahun selepas gempa bumi melanda tempat yang sama pada tahun 2007.. Takziah dari kami rakyat Malaysia buat warga-warga Indonesia kat sana.. Walopon sentimen anti-Indonesia semakin menebal dalam diri aku, tapi mereka tetap saudara serumpun, saudara seagama dengan kite.. Selamatkan mereka Ya Allah.. Berikan mereka kekuatan menghadapi cabaran dan dugaanMu..
Yang agak menyakitkan hati di sini, walaupun mereka ditimpa musibah, mereka sempat lagi meraikan kemenangan mereka terhadap perebutan batik.. UNESCO telah memberi kemenangan kepada Indonesia dengan mengatakan Batik berasal dari Indonesia.. memang Batik berasal dari Indonesia tapi ingin saya tekankan kat sini, batik Malaysia dengan batik Indonesia sangat BERBEZA.. tengok corak pon dah dapat beza mana batik Malaysia, mana batik Indonesia.. Mereka sempat meraikan kemenangan di kala sebahagian rakyat jelata di sana dilanda bencana..
Seperti biasa, Malaysia adalah antara negara terawal yang memberi bantuan.. Orang-orang yang dihalau dari negara mereka nilah yang pertama sekali menghulurkan bantuan.. Syarikat-syarikat Malaysia yang disuruh boikot oleh media-media dan blogger-blogger Indonesia nilah yang pertama sekali mewujudkan tabung bencana untuk membantu saudara di seberang sana tanpa perasaan dendam.. Semua ni langsung x disebut dalam media-media Indonesia.. Mana pergi blogger-blogger Indonesia yg menghentam Malaysia tu?? Pergilah tolong rakyat senegara korang kat sana daripada terus menulis menghentam Malaysia..
Bukan nak mengungkit, bukan tak ikhlas tapi ni semua kenyataan.. Tapi saya akui sentimen 'Ganyang Malaysia' ni hanya kuat di sekitar Jakarta.. Rakyat-rakyat di Padang x bersalah.. Jom kawan-kawan, kita bantu saudara seislam, saudara serumpun kita di sana.. Jika x mampu nak hulurkan wang, cukuplah sekadar doa.. Moga-moga Malaysia dan Indonesia aman damai selamanya...
p/s: Kembara Jejak Warisan 2, PERMANIS akan berlangsung bulan 12 ni kat Padang, Indonesia.. Jadi ke ek? Harap2 jadi.. Jom PERMANIS! Kita jadi sukarelawan tolong rakyat kat sana...





0 comments:
Post a Comment